31 August 2010

NAMEWEE @ WEE MENG CHENG BELUM FIKIR MEMINTA MAAF


Namewee menghangatkan keadaan. Apa yang aku terbaca buat masa ini beliau belum terfikir atau merancang untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka mengenai isu yang telah berliau cipta. Dalam petikan kata-kata beliau kepada sebuah akhbar online.

"Saya masih belum putuskan sama ada mahu minta maaf atau tidak. Saya sendiri belum tahu apa-apa tentang isu ini dan apa yang akan berlaku seterusnya," katanya
 

Ada pihak yang menyokong dan ada pihak yang berkeras mahukan NAMEWEE dikenakan tindakan. Mengikut pendapat aku, aku rasakan  tindakan beliau cuma sekadar meluahkan perasaan dengan cara beliau tersendiri,namun ada perkara yang harus beliau telitikan dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

Bagi beliau,tujuan asal beliau adalah untuk menyuarakan pendapat dan pendirian beliau mengenai isu perkauman di dalam Negara ini. Kalau itu matlamat asal beliau aku sokong. Tetapi bila apa yang beliau lakukan seolah-olah mengapi-apikan sentimen Perkauman aku bangkang keras.

Mungkin sesetengah pihak melihat apa yang disuarakan oleh beliau melalui pemahaman tersendiri,namun harus diingat tidak semua orang berfikiran seperti beliau.Mungkin ada cara yang lebih mudah tanpa memerlukan kontroversi dalam menangani isu perkauman ini. Sebahagian tulisan mengenai pendirian beliau.

" All I was doing in my own way, was to defend the true constitution of the country and condemn those who do not respect our Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak’s hard work of building a 1Malaysia country.  To show my support for our Prime Minister for enforcing ‘Zero tolerance over racist remarks’, I have also taken out the said video from my youtube account since I have already highlighted my stand over the issue, which is to STOP RACISM in this country."

Kalau itu pendirian beliau aku alu-alu kan namun seharusnya beliau kena bijak,sebelum melakukan sesuatu yang mungkin menyinggung perasaan orang lain,beliau perlu tahu macamana hendak menyampaikannya.

7 comments:

  1. hmmm, susah betul dengan orang macam ni.....

    Selamat Hari Merdeka

    ReplyDelete
  2. Sharinginfoz - memang menyusahkan orang..

    Linglung - Entahlah bro..ada bende yang bagus kat mamat nie ada yang tak bagus..

    ReplyDelete
  3. dia cuba main dgn api tu...takpa,biarkann...nanti2 dia tahu la tu mana yang hujung dan mana yg pangkal..

    ReplyDelete
  4. Aku setuju ngan JAI.
    Ade bagus n tidak mamt nih.....

    ReplyDelete
  5. tam - Berani buat berani tanggung..tapi kena berfikirkan sebelum membuat sesuatu yang dirasa betul..

    Anon - Thanks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails