08 August 2010

MY WATER MOMENTS WITH TX5 AKU TAK PERGI | DAH TAKDE REZEKI


Agak terkilan jugak kerana tak dapat pergi ke SUNWAY Lagoon kerana dengar hadiah cukup menarik. Aku walaupun tak menerima jemputan kerana tidak menghantar BLOG POST CONTETS untuk SONY iaitu My Water Moments with TX5, namun aku telah menerima Tawaran terhad dari rakan blogger aku yang dikategorikan antara yang handal berblogging.Dah bukan rezeki aku dengan hati yang berat terpaksalah aku lepaskan.

ANAK YANG BUNGSU SESI PROGRAM KONVOI JALUR GEMILANG

Aku lebih utamakan keluarga kalau apa-apa hal pun. Alasan aku telah aku ajukan kepada rakan blogger aku dan beliau pun faham. Hari ini sahaja 3 anak aku ada hal disekolah masing-masing. Yang anak pertama ada Karnival Ko-Ko , Yang No.3 ada Hari Kantin dan Yang No.4 ada acara KONVOI Jalur Gemilanglah bagai. Aku layanlah juga. 

ANAK BUJANG AKU TENGAH BELI KUPON DI HARI KANTIN ANAK YANG KE-3

Dalam pada itu siap tanya gak rakan blogger aku macamana perkembangan di SUNWAY terutama hadiah. Aku dengar ramai juga rakan-rakan lain yang menang hadiah berupa kamera digital dari sony. Tahniahlah aku ucapkan. Dengar cerita SUMIJELLY pun menang?..adeyyy..hehe. Namun bagi aku setiap kejadian ada hikmahnya begitu juga dengan aku.

ANAK YANG MENANG CABUTAN BERTUAH..NURALIA NAJIHAH

Anak aku yang menghadiri Hari Kantin Sekolah secara tidak sengaja telah memenangi hadiah bertuah pada hari ini iaitu melalui acara Cabutan Bertuah. Jenuh jugak Hari Kantin ini kerana orang ramai berpusu-pusu dan berdoyon-doyon kau datang. Namun dah rezeki anak aku NURALIA NAJIHAH yang cukup bertuah hari ini kerana memenangi hadiah berupa sebuah basikal.


Bukan main suka beliau. Namun sebenarnya yang ambik hadiah bukan kitaorang tapi diwakilkan saudari NURFAZANA anak kepada Mak Saudara orang rumah aku yang kebetulan bersekolah sama dengan anak aku. Aku pulak masa tu dah pergi ke Klang Parade untuk menghadiri Program Konvoi Jalur Gemilanglah pulak dan Kupon Makan yang mempunyai nombor bertuah diberi kepada beliau kut kut nama naik.

HADIAH YANG DIMENANGI..TAHNIAH SAYANG..

Akhirnya setelah balik dari Klang Parade dan sampai dirumah kira-kira pukul 3 lebih orang rumah menerima panggilan dari Mak Saudara yang memberitahu anak aku memenangi cabutan bertuah. Apa lagi seronok bukan main lagi anak aku. Nak ambik masa tu memang tak larat dek penat baru sampai, jadi pengambilan hadiah diambil pada malam hari.


Moral of the story - Rezeki dimana-mana, mungkin kita tak nampak tapi bila tiba masanya ia akan datang kepada kita tanpa kita sedari.

7 comments:

  1. wah rezeki tu :) congrats
    me BW here..salam ziarah dari nottingham UK

    ReplyDelete
  2. SETIAP HAMBANYA MEMPUNYAI REZEKI YG SAMA..YG MEMBEZAKAN HANYALAH CARA MENDAPATKAN REZEKI TU JER..:-)

    ReplyDelete
  3. Mama Zharfan Thanks..uih jauh tuhh UK..anyway salam gak dari malaysia

    JMR - Wahh..kata-kata yang bisa membuat manusia berfikir..hehe

    ReplyDelete
  4. sama la bro.. aku pon terkilan gak tak dapat pegi Sunway semalam..

    ReplyDelete
  5. basikal? bestnye. sony water momments? so so jelah...

    ReplyDelete
  6. Rezki lain tu bro.. tgk! dah dapat beskal.. heheh.. =D

    ReplyDelete
  7. hik3.... sila jgn jeles yek!!!!! hahaha

    Sumijelly.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails