Entah kenapa tiba-tiba aku nak sangat buat entri ini pada kali ini. Memori indah sewaktu kecil sememangnya sukar dilupakan. Lebih-lebih lagi bila SYAWAL bakal menjelma. Masih lagi aku ingat bila bulan RAMADHAN berlumba-lumba ingin ke MASJID untuk menunaikan sembahyang tarawikh. Jelas diingatan selepas selesai sembahyang tarawikh operasi bermain meriam karbait bermula. Untuk pengetahuan semua,di Miri Sarawak tempat kelahiran aku,kitaorang tak main meriam buluh.
Terdapat 2 jenis Meriam Karbait yang digunakan namun kebiasaannya Meriam yang dibina kami gunakan papan yang dipaku berbentuk segiempat dan panjang kira-kira dalam 1.5 meter ke 2 meter,kemudian Meriam ini akan ditanam dalam tanah dengan memberi ruang terbuka dihadapan. Muncung ditutupi dengan guni jerami beras. Adakalanya kami cuma mengorek lubang dlm 0.5 meter bulat dan lubang ditutup dengan plat besi keluli yang terdapat lubang kecik ditengah (Meriam jenis ini jarang dipraktikkan kerana kekuatan boleh mengegar rumah).
Kalau dikenangkan memang cukup manis. Macam-macam pengalaman. Pernah dikejar oleh orang kerana melancarkan meriam bila orang lalu lalang..hehe (Mau tak kena kejar, orang yang lalu lalang ada yang terperanjat gila terutama yang naik basikal sampai terjatuh) Bila keadaan ini berlaku maka bertempiaranlah kami semua lari..hehe (Aku masa kecik memang brutal). Ada kalanya kami dalam bahaya bila meriam tak berbunyi,maka seseorang kena periksa dibahagian muncung meriam kenapa tak berbunyi. Bila guni basah yang menutupi muncung meriam dibuka tiba-tiba bunyi berdentum keluar api dari muncung apa lagi,ada rakan sampai hilang bulu kening..
Sesungguhnya itulah pengalaman zaman kecil aku yang tetap aku kenang sehingga ke akhir hayatku. Rindu pun ada..rindu kenangan silam yang tak mungkin aku rasai lagi. Sekarang zaman sudah moden, kreativiti orang muda sekarang terlebih-lebih pulak. Sebab itulah bila tiba musim perayaan pasti ada berita mengenai kecederaan semasa bermain meriam mahu pun mercun. Aku rasa zaman sekarang corak permainan ini semakin merbahaya dek kepandaian tak bertempat orang muda sekarang. Kalau tak percaya tunggu sikit hari lagi,pasti ada kes hilang jari,Muka melecurlah dan lain-lain.
Kalau aku nak ceritakan memang banyak kenangan, mahu sebulan tak habis entri...hehe..cukuplah entri ini aku paparkan sebagai kenangan zaman kecilku dan diharap generasi aku yang akan datang akan membaca kisahku ini (Siapa tahu mungkin akan sampai turun temurun ke generasi aku seterusnya?). Bagaimana pula korang? Apa yang paling korang ingati bila tiba bulan RAMADHAN dan SYAWAL? Seronokkan bila mengenang zaman kita dulu-dulu..KENANGAN YANG TERINDAH..

hhahaha..zaman kecil-kecil memang nakal kan...sian kawan yang hilang bulu kening tu..tak pasal-pasal kena pakai bulu kening palsu..
ReplyDeletesaya tak pernah main meriam2 ni. walaupun abah selalu je cerita masa dia kecik2 dulu kat kampung main meriam buluh.
ReplyDeletetiba tiba teringat pulak kat usop sontorian, animasi tempatan yang pertama. =)
dah buat ker belum nasi ayam tu..
ReplyDeletearwah mil pun asal kg sg mati serom gaklah..entah-entah kenal tak...nakal jugak ek masa kecil..nasibbaik tangan tak putus
memang teringat betul main mercun, meriam buluh ni
ReplyDeleteNabila - Hehehe..dah jadik macam orang korea takde bulu kenang member tu..seronok bila kenangkan balik..
ReplyDeleteDanial - Hahaha..uihhh best wooo main meriam..hehe..hah ucop sontorion pun ada kenangan main meriam..ahaks
Kak Ina - Sblm puasa ada gak buat cuma malas nak letak kat entri..nanti raya insyallah akan amik..tengah pikir nak buat Nasi Hujan Panas atau Nasi Minyak ayam masak merah..
Atuk kita orang pantai layang..serom kat klinik tu kerr..atau area rumah MB johor datuk ghani othman..
Itulah kak ina..masa kecik2 memang terkenal dgn kenakalan..hehe
Sharinginfoz - Kenangan yang takkan dilupakan