15 August 2010

MANUSIA MENJADI BINATANG | BAYI JADI MANGSA


Macam-macam kejadian yang dapat kita lihat sekarang. Adakah bala menimpa? Mungkin juga. Antara yang menyedihkan adalah kes membuang bayi oleh pihak yang berperangai macam binatang. Aku cukup hairan dengan sikap manusia sekarang yang dalam diam-diam menjadi pembunuh. Nyawa yang dikurniakan tidak dihargai. Puncanya? Yang aku nampak adalah kemaksiatan yang berleluasa terutama golongan yang hanya memikirkan nafsu binatang mereka.


Memang patut pun orang yang berkelakuan sebegini hukuman yang layak untuk mereka ini adalah hukuman MATI. Nyawa dibayar dengan Nyawa. Aku cukup risau dengan fenomena yang kini kian tidak dikawal. Dalam seminggu mesti ada kes buang bayi. Mana nilai-nilai manusia wahai manusia yang bersikap kebinatangan. Fikirkan sekiranya bayi yang tidak berdosa itu adalah kamu sendiri. Kalau bayi itu mampu menjerit aku pasti suara sayu akan kedengaran.


Insaflah wahai kamu semua. Fikirkan nyawa yang tidak berdosa. Fikirkan apa yang kamu lakukan mampu menyelesaikan masalah kamu? Bertambah masalah dan dosa adalah!! Kembalilah ke jalan asalmu,jangan fikirkan nak lepaskan diri,anak yang tak berdosa ini menjadi mangsa. Aku sekadar meluahkan apa yang aku rasakan setelah pelbagai peristiwa yang menimpa bayi yang tak berdosa terjadi. Sedih kamu sebagai manusia telah diberi akal fikiran tetapi tidak digunakan ke jalan yang baik. Insaflah wahai anak-anak,Insaflah wahai insan jangan menjadi Manusia bertopengkan binatang...

3 comments:

  1. aku setuju bulat2.. patut hukum bunuh.. jadi orang lain akan jadi takut nak buang..

    ReplyDelete
  2. Itu pun masih ada manusia yang tak waras lagi..adoii

    ReplyDelete
  3. Makan dia- tak baca bismillah. apa ada, pulun. tak kira halal haram, mcm binatang. Bergaul- tak kira muhrim ke idak, sesah je. Peluk sondol tk kira tpt, mcm binatang gak. Perangai- tak solat, derhaka ngan mak bapak, marah bila tegur, henpon dan sms jadi kitab pada dia. Tak tau hormat org, mcm binatang gak. Dapat kepit yg boleh pulak dibuat mcm binatang gak. Last2.. tu jadik cam tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails