Nampaknya keadaan semakin merbahaya buat para pelancong dari Malaysia untuk melawat Indonesia buat masa sekarang. Ini adalah disebabkan keadaan sudah mula menunjukkan tiada tanda reda. Terkini Golongan Nasionalis berkumpul di Luar CIMB-Niaga Bank dan Petronas di Jakarta. Kerajaan Malaysia juga telah meningkatkan keselamatan disekitar Kedutaan Malaysia diJakarta dan Kediaman Duta iaitu Datuk Syed Munshe Afdzaruddin dipertingkatkan.
Aku tak faham dengan sikap Rakyat Indonesia sekarang ini yang aku lihat Rakyat semakin berkuasa. Adakah Indonesia akan menjadi seperti Negara Bangkok bila mana pasukan baju merah memberontak? Aku harap perkara ini tidak akan berlaku kerana pada pandangan aku keadaan Negara Indonesia akan menjadi lumpuh dari segi ekonomi dan ini akan mengundang Masalah kepada Rakyat-rakyat itu sendiri. Perkara yang berlaku bagi aku boleh diselesaikan dengan baik.
Kenapa harus mencari jalan penyelesaian dengan Pemberontakan? Apa yang Rakyat Indonesia akan dapat? Aku tidak nampak selain yang aku tahu, mereka ini ingin mempertahankan Maruah mereka. Tak salah sekiranya mereka ingin mempertahankan maruah mereka namun berfikirlah secara terbuka,Penyelesaian yang secara aman atau Kekecohan, Mana satu lebih menguntungkan? Sekiranya tiada perbincangan diantara Kerajaan Malaysia mahupun Indonesia aku pasti keadaan akan bertambah kritikal.

people need to grow up and be less emotional.....kite kt sini gado2 , org kat sane gelak2 ngk saudara serumpun bergado......
ReplyDelete