15 August 2010

LELAKI MENGAMUK ISTERI TERBUNUH ANAK CEDERA

Aduhh berita Ngeri kisah seorang lelaki yang juga seorang suami dan bapa telah mengamuk menyebabkan isteri beliau meninggal ditempat kejadian dan anak beliau yang berusia 13 tahun cedera dibadan dan putus 2 jari tangan kanan. Apa nak jadi? Yang aku tahu lelaki ini telah meninggal dunia ditempat kejadian setelah ditembak 2 kali oleh pihak polis setelah beliau cuba menyerang menggunakan parang dan pisau.


Kejadian berlaku di IPOH Taman Mawar,Langkap dekat Teluk Intan. Mengikut maklumat penyerang mempunyai sejarah sakit mental. Nasib baik anak beliau yang berusia 10 tahun tidak mengalami kecederaan. Nak kata apa pun susah sebab penyerang memang mempunyai masalah sakit mental. Apa puncanya aku kurang pasti dan kejadian berlaku dipagi hari iaitu kira-kira pukul 5.15 pagi. Kesian aku tengok anak-anak yang cedera ni.


Apalah salah anak-anak yang tak berdosa ini. Sedih dengan kejadian ini kerana melibatkan nyawa yang sekarang aku rasa cukup murah sekali. Boleh dikatakan ada sahaja berita kematian,seumpama nyawa itu dah tak bernilai. Apa lagi cara hendak mengelakkan perkara seumpama ini terjadi? Manusia semakin galak membunuh dan dibunuh. Pembunuhan berluas-luasa, OTAK diaorang nie entah kemana..adeyy


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails