17 August 2010

LAGI KES GADIS MALAYSIA JADI "KELDAI" SINDIKET DADAH | NAMUN PIHAK BERTANGGUNGJAWAB ANGGAP "TIADA KES" ?


Lagi mangsa perangkap sindeket dadah antarabangsa. Kali ini seorang gadis berusia 19 tahun ditahan di Lapangan Terbang Afrika Selatan ,Cape Town kerana memiliki dadah syabu seberat 1.2 kilogram. Apa yang menjadi persoalan adalah mengenai aduan yang telah dibuat oleh ibubapa Nur Dhiya Ain Rosman tidak diendahkan malah dianggap "tiada kes" oleh pihak polis dan Wisma Putra.

Mengikut berita yang aku baca,laporan telah dibuat pukul 1.00 pagi dan pesawat berlepas 3.00 pagi. Bagaimana Nur Dhiya Ain Rosman boleh terlepas dari Sistem yang setahu aku cukup ketat bila melibatkan penerbangan antarabangsa. Nampak sangat Sistem yang digunapakai sekarang sekadar melepas batuk ditangga. Ambillah ini sebagai pengajaran,jangan sesekali membuat kerja sambil lewa.

Yang pasti ini akan menjadi tamparan hebat buat pihak berkuasa kerana dengan mudahnya penyeludupan keluar barangan yang dilarang tidak dapat dikesan. Kajian menyeluruh perlu demi menjaga nama baik dan juga kepentingan rakyat malaysia yang sekarang ini rata-rata mudah terpedaya oleh sindiket - sindiket yang cilik dengan menawarkan ganjaran yang agak lumayan.

1 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails