25 August 2010

LAGENDA ROCK & ROLL ELVIS PRESLEY PERNAH BERKOMUNIKASI DENGAN MAKHLUK ASING | SHARING IS CARING


Fakta yang agak menarik mengenai kisah Lagenda ROCK & ROLL ini iaitu Elvis Presley. Mengikut cerita yang aku baca beliau pernah berkominikasi dengan Makhluk asing semasa hayat beliau. Agak macam tak betul jer cerita beliau ini,namun ini telah disahkan oleh kawan rapat penyanyi tersebut Larry Geller. Cukup menarik fakta ini.


Kali pertama adalah bila bapa penyanyi tersebut Vernon Presley ternampak dilangit satu cahaya biru yang cukup aneh dan menganggap ia sesuatu yang cukup istimewa ketika Elvis dilahirkan pada 8 Januari 1935. Kemudian cerita mengenai ini juga diceritakankan oleh seorang penulis yang berpendapat Elvis pernah dikunjungi oleh makhluk-makhluk asing ketika kecil.

Apa yang dicerita bahawa makhluk-makhluk asing ini telah berkomunikasi dengan Elvis menerusi telepati iaitu perhubungan fikiran,perasaan dan sebagainya secara langsung antara minda seseorang dengan minda seorang lain tanpa melalui deria yang biasa.Menurut penulis itu juga Makhluk asing ini memberi peluang kepada Elvis untuk melihat bayangan masa hadapan beliau.

Fakta yang cukup menarik untuk dikongsikan bersama. Sama ada betul atau tidak bagi aku ia cukup menarik untuk dikaji. Tidak mustahil perkara ini berlaku kerana sama ada kita cukup bertuah untuk melaluinya atau tidak. Kalau korang dapat merasanya apa agak-agak korang nakkan..

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails