26 August 2010

KRISIS MALAYSIA INDONESIA | JANGANLAH DIKERUHKAN LAGI KEADAAN


Nampaknya tahun ini pelbagai kontroversi yang berlaku antara Malaysia dan Indonesia. Yang terkini mengenai kes dimana kedutaan Malaysia telah dilempar dengan Najis. Sampai begitu sekali kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia. Aku sendiri tidak mengikuti kisah yang berlaku secara terperinci namun aku sedikit sebanyak tahu apa yang sedang berlaku.Aku telah terbaca dalam sebuah blog jiran yang cukup-cukup menyakitkan hati dan agak keras bunyinya namun itu adalah hak mereka untuk bersuara.


Bagi aku sekarang hanyalah keamanan yang diinginkan bukannya kekecohan atau pergaduhan. Kita serumpun tiada gunanya mengunakan kekerasan kerana bagi aku perkara ini tiada penghujungnya sekira kedua belah pihak saling tidak bekerjasama. Utamakanlah prinsip persahabatan. Berapa banyak yang kita rugi sekiranya perkara ini meletus dan menjadi lebih kritikal? Apa yang pasti kehancuran akan terjadi,walhal perkara ini boleh diusahakan dengan mencari jalan penyelesaian secara baik.

Kalau kita berkira-kira sampai bila penyelesaian tidak akan ditemui. Carilah kaedah yang terbaik agar Rakyat kedua belah pihak tidak kerugian. Mungkin buat masa ini hanya kekecohan disesetengah tempat di Indonesia yang dicatat tidaklah membimbangkan tapi harus diingat kita sebagai manusia tidak lepas dari perasaan AMARAH yang bisa mengeruhkan keadaan dan ini menjadikan keadaan bertambah kalut. Jangan pandang ringin apa yang disuarakan oleh rakyat Indonesia.

Bukan aku ingin menyokong Indonesia,tapi kita harus berfikiran secara terbuka demi untuk memastikan keadaan tidak menjadi bertambah buruk. Apa yang silap atau siapa yang silap haruslah meminta maaf berserta dengan alasan. Jangan jadikan rakyat menjadi mangsa disebabkan keegoan masing-masing. Bagi aku keamanan amatlah penting demi generasi kita yang akan datang. Hormatilah diantara kamu wahai semua tidak kira rakyat Malaysia mahupun rakyat Indonesia.

JUGA

2 comments:

  1. JAI.
    Gerun je tgk berita semalam pasal ini.
    Isk2, kenapalah ada segelintir rakyat indonesia seolah-oleh membenci Malaysia.
    Padahal rakyat kita tak pernahpun kacau dorang.
    welcome dorang lagi ada la..
    2 juta rakyat dorang di Malaysia takde sapa pun yang marah pegi wat demo sampai camtu.
    walaupun rakyat merekapun bukan sedikit yang membuat jenayah di sini.
    Harap benda ini tak berlaku lagi.

    ReplyDelete
  2. Ada yang membakar-bakar diaorang nie kut..tak tahulah bila nak berubah..kalo macam nie keadaan ekonomi Indonesia nampak gayanya makin parah..ramai orang asyik tunjuk perasaan jer dan tak pergi kerja,macamana negara nak terus maju...Jenayah satu hal..kang dibangkit ramai pulak rakyat indonesia beri komen kat sini karang..kita cari kawan bukan cari lawan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails