Berapa banyak kredit card yang korang ada? Bukan aku nak menyibuk tapi sekadar ingin memberi ingatan mengenai banyak perkara terutama yang baru memiliki kredit kad. Sekadar ingin berkongsi pandangan demi kebaikan bersama. Apa yang ingin aku utarakan adalah bila ingin memiliki kad kredit korang perlu ingat apa tujuan sebenarnya. Adakah kerana orang lain ada kad kredit jadi aku kena ada jugak? Atau sekadar ingin memilikinya tanpa tujuan. Mungkin juga sebagai sumber kecemasan bila diperlu.
Apa pun alasannya satu peringatan dari aku, HATI-HATI..Memang seronok sekiranya ada kredit kad ini tapi perlu ada perancangan yang teratur dan disiplin dalam diri. Kalau salah langkah maka akan timbul masalah. Korang perlu bijak memilih Institusi kewangan yang mana memberi pilihan yang terbaik.Jangan memohon tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi atau korang bakal berhadapan dengan mimpi ngeri.
Tak salah memilikinya asalkan anda bijak merancang. Ada sesetengah blog yang anda boleh rujuk contohnya blog MATJOE yang cukup berinformasi. Korang juga boleh rujuk blog EYRIQAZZ antara Entri yang cukup menarik untuk dicontohi KLIK DISINI. Anda boleh pelajari dan bertanya dengan mereka.Aku rasa banyak lagi blog yang boleh dirujuk,asalkan anda rajin mencarinya. Yang penting anda beringat-ingat bila memilikinya terutama golongan muda. Jangan fikir nak enjoy sahaja dengan kredit kad atau korang akan menyesal di kemudian hari.
Buat rujukan sebelum memohon, bandingkan Institusi yang manakah yang korang rasa memberi kelebihan kepada korang. Kena semak balik pendapatan sama ada korang mampu membayar ansuran yang dikenakan. Pastikan bayaran ansuran dibayar lebih agar korang dapat keuntungan dari segi faedah yang dikenakan dan ini dapat mengurangkan hutang yang ditanggung dan dapat menyelesai hutang dalam tempoh yang singkat.
Pastikan buat pembayaran sebelum atau pada tempoh yang ditetapkan supaya korang dapat mengelak dari dikenakan faedah yang lebih tinggi. Apa yang penting pandai-pandailah merancang. Buat yang ingin memiliki kad kredit tapi tidak tahu untuk tujuan apa,aku nasihatkan tak payah memohon. Sematkan disiplin dalam diri agar tidak menyusahkan diri nanti. Bijak dan berhemah moga korang tidak akan menghadapi masalah dikemudian hari..
Kalau setuju dengan apa yang aku katakan korang bagilah komen apa-apa aje. Kalau korang tak setuju hantar komen kat aku kenapa tak setuju, mungkin korang ada pendapat lain yang boleh dijadikan pengajaran untuk kebaikan bersama. Kongsilah pengalaman korang agar dapat membantu sesiapa sahaja yang memerlukannya. Khidmat Masyarakat ini untuk kebaikan bersama...

setuju..better tak payah ada kad kredit langsung..bayar je cash..lagi selamat...
ReplyDeleteNabilah - Memang itu yang digalakan namun kalau pandai merancang rasa-rasanya ia akan dapat membantu.
ReplyDeleteada satu aja, itu pun just untuk emergency, belanja kena hati2 kan
ReplyDeletetu sbb akak tak pakai kredit kad sbb tak mampu nak membayar..
ReplyDeleteIkut resepi asal blender..tapi akak sajer ajer hiris lebar-lebar..dah siap nanti bagilah tenguk ek
sharinginfoz - Eloklah tuh..bijak mengguna bijak memakai
ReplyDeleteKak Ina - Eloklah kak,kalau tak bertambah2lah hutang
Ok..maknanya akak langsung tak pakai blenderlah ek..ok..ok