Buat korang yang berumahtangga dan buat yang bercita-cita ingin mendirikan rumahtangga. Aku ingin kongsikan serba sedikit pengalaman aku dalam berumahtangga ni lebih-lebih lagi disaat menyambut kelahiran anak-anakku. Aku rasa aku bertuah kerana pernah merasa bagaimana perasaan seorang isteri atau ibu mengandungkan anak,iaitu dalam tempoh awal lagi ketika bayi dalam kandungan masih lagi kecik.
Korang pernah melihat bila mengandung,orang perempuan mesti muntah-muntah bukan atau lebih dikenali dengan nama "morning sickness". Buat pengetahuan semua,semua itu aku pernah lalui maksud aku bukan orang rumah aku yang kena tapi aku yang kena. Itulah pembawakan namanya. Aduhh..senak,memulas-mulas memang sakit rasanya. Aku boleh rasakan dalam perut aku seolah-olah ada pergerakan.
Pernah satu ketika,bila aku bawak kereta aku bukak pintu muntah kat tepi jalan. Nasib baik ketika itu kereta berhenti dekat dengan Traffic Light, semua kereta berhenti. Orang kat belakang kehairanan (Mungkin diaorang ingat aku mabuk..hehe.) Tuhan jer tahu macamana rasa loya tekak aku dengan perut memulas-mulas. Orang rumah aku relaks jerr..tapi takpe nasib baik kena kat aku,kalau kena kat orang rumah aku lagi satu hal.
Jadi serba sedikit aku dapat merasai perasaan orang yang mengandung ketika diawal peringkat mengandung anak. Bukan semua orang yang dapat merasakannya,kira aku cukup bertuah kerana terpilih. Aku cukup bersyukur kerana kesemua anak-anak aku lahir ,aku ada sekali didalam bilik pembedahan menyambut kelahiran mereka. Syukur,sedih,pilu dan macam-macam lagi perasaan bercampur baur bila melihat kelahiran seorang anak.
Buat pasangan yang bakal menimang cahaya mata, hargai setiap detik yang dilalui bersama. Sebab itu bila aku terbaca kisah pembuangan bayi aku cukup tersentuh lebih2 lagi bayi yang cukup sifat yang belum kenal apa-apa lagi tidak diberi peluang untuk hidup. Haruskah mereka yang tak berdosa ini menjadi mangsa dek kerakusan nafsu yang tidak mengenal usia. Sedarlah, anak-anak ini adalah pemberian ALLAH S.W.T yang tak terhingga,janganlah melakukan perkara-perkara yang dimungkariNYA..HENTIKANLAH!!!

memang betul tu bro, banyak yang kita boleh pelajari kan
ReplyDeleteterharu mek dgr eh..gney ndak rasa ktk yg morning sickness owh..maok mek laki mek kelak yg rasa..hahaha
ReplyDeleteyup.... hanya org yg mengandung sahaja memahami bagaimana membawa anak dlm kandungan..
ReplyDeletewalau semabuk, seletih, seberat atau sesakit mana pun org perempuan hadapi...tp masih tak serik2 nak mengandung...
aku next year nak tmbh lagi anak...
ko meh lah tambah lagi....muahahaha
(jgn marah yek JEJAI...hahaha)
Sumijelly.com
Sharinginfoz - Pengalaman yang tak mungkin dilupai..
ReplyDeleteBeautiful Stranger - Isyhhh..nang merepuklah..sakit juak seluruh badan..rasa mual sik tentu..aok kitak doakan moga laki kitak kenak morning sickness..hehe
Sumijelly - Engko ni..Pi bukak Kilang buat orang kat bangilah..hehe..aku ada quota sorang lagi nie..tapi tengok dulu mungkin umor pencen baru buat 55tahun..ahaks..ahaks
sgt terharu bile bace luahan hati seorg bapa..mmg yg dok buang bayi tuh xsedar lnsung+slalu org yg dpt ank secara tak halal mmg tak akn merasa pglaman2 cmtu..nk bersalin pun senang je kuar tak same cam ibu2 yg lain nk bersalin sabung nyawa..that's why dorg sng buat, sng kuar, sng buang..wallahu'alam
ReplyDeleteBetul tu @nurKN @ Nur kenapa yek..yg senang buang tu senang bersalin...kita yg memang sah dn halal menghadapi dugaan....geram la...
ReplyDeletemakin senang mereka beranak, makin senang derang buang...
Sumijelly.com
NurKN - Sedih kerana bukan ada dosa pun anak kecil kepada mereka. Kenapa Harus bersikap seperti binatang....
ReplyDeleteSumijelly - Kat DUNIA diaorang senanglah tengok nanti kat AKHIRAT SENANG ker TAK SENANG..