04 August 2010

KES TEMBAK DATUK AZIZ MOHD NOH DAN NAIB KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANJUNG KARANG


Terperanjat dengan kematian Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang Siti Rohana Ismat. Apakah keadaan politik semasa menyebabkan terjadinya kejadian bunuh ini?Atau ada sesuatu yang berlaku disebalik kes bunuh ini. Sukar dipercayai seorang yang begitu dikenali dengan sikap yang sangat sederhana dan jarang sekali mengeluarkan perkataan kasar berubah sekelip mata.



Adakah ini sesuatu yang ada hubungkait dengan keadaan politik? Atau ada konspirasi? Kita tunggu jawapannya nanti. Nilai nyawa dewasa kini seolah-olah sudah tiada harga. Kes bunuh tak kira membunuh atau bunuh diri seolah-olah menjadi kebiasaan sekarang. Pihak tertentu harus melihat ini sebagai gejala yang perlu ditangani. Jangan dibiarkan berlaku lagi kerana bagi saya ia amat menyedihkan bila nyawa yang diberi disia-siakan begitu sahaja.

Menurut laporan akhbar Polis memberitahu bahawa Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang Siti Rohana Ismat,berkemungkinan mangsa menembak pasangan sebelum menembak diri sendiri.Terdapat 2 kesan peluru dikepala Siti Rohana Ismat dan 1 dikepala Datuk Aziz. Harapan saya agar siasatan segera dilakukan,jangan dilengah-lengahkan demi kebaikan bersama. Setakat ini pihak Polis mengklasifikasikan sebagai Kes Bunuh.

40 comments:

  1. sama-sama kita doakan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yg berimana ... amin

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya, Abdul Aziz menembak Siti Rohana dan kemudian menembak dirinya sendiri kerana kesan tembakan adalah di sebelah kanan kepala kedua2 mangsa. Kalau Siti Rohana yang menembak, sudah tentu dia tembak sebelah kiri kepala Aziz kerana Aziz pada masa itu duduk di sebelah kanannya. Fakta yang kedua, Terdapat 2 kesan tembakan pada Rohana. Saya rasa, tak mungkin apabila dia menembak kali pertama, dia masih mampu mengangkat pistol dan menembak dirinya buat kali kedua.

    ReplyDelete
  3. Anastasyea - Amin semoga diampuni dosa-dosa mereka

    Anon - Ada keberangkalian..namun biar kita tunggu siasatan akhir

    ReplyDelete
  4. hik3..susah nak cakap kalau berkaitan ahli politik ini...tapi cam pelik juga kalau bunuh diri...

    ReplyDelete
  5. Entahlah bro..mungkin ada masalah peribadi dan tak mustahil ada komplot..tunggu jelah laporan

    ReplyDelete
  6. ish ishhh... bar semalam dengar kes bunuh diri terjun bangunan... ada lagi hari ni.. huhu

    ReplyDelete
  7. ntah la susah nak agak.. maybe ada tujuan.. apa2 kita tunggu je laporan..

    ReplyDelete
  8. malaysia boleh...

    ReplyDelete
  9. Hajib - Nang hari-hari ada kes bunuh dan bunuh diri..entahlah apa nak jadi

    Anon - Yeahhhh Malaysia Buleh..hehe

    ReplyDelete
  10. kena tgk dimana dan bagaimana kedudukan pistol tu. adakah ia dalam kedudukan cantik atau tunggang langgang,muncung dalam kedudukan arah mana, pistol di sebelah kiri atau kanan dato.tgk juga kaki kanan dato tekan pedal minyak atau tekan pedal brek. radio terpasag atau tertutup(volume kuat atau slow) siti rohana pakai seat belt atau tidak, dato pakai seat belt atau tak ( kalau pakai mmg susah sikit nak acu pistol). kereta siti rohana tapi pistol dalam kereta tu (adakah dato sentiasa bawa pistol).

    ReplyDelete
  11. macam ni ke pemimpin yang nak memimpin rakyat? atau memang semua pemimpin sekarang macam ni ke? ada iman ke? hahaha. siapa orang BN tu pikir2 laa

    ReplyDelete
  12. BUKAN MASLAH BN. ASAL SALAH BN. ASAL SALAH BN. BN TAK AJAR. DIRI KITA SENDIRI KENA JAGA IKUT AJARAN ISLAM. ORANG MENUDUH @ MENUNJUK @ MENUNDING JARI TELUNJUK KEPADA ORANG BIASANYA 3 CARI LAIN MENUNJUK KE ARAH DIRI SENDIRI. HENTIKANLAH MENYALAHKAN BN. DOSA TU.MARI KTA IKUT AJARAN NABI SAW. JAGA DIRI, KELUARGA SENDIRI. SEMPURNAKANLAH DAHULU. BN TAK MASUK NERAKA @ SYURGA. TAPI DIRI SENDIRI AKAN KE SALAH SATU TEMPAT. FIKIRLAH.

    ReplyDelete
  13. setiap satu perkara pasti ada sebab musababnya...yang tahu hanya mereka dan ALLAH swt..apa pasti...kita doakan semoga mereka diampunkan dosa2nya..dan ditmpatkan dikalangan orng2 yang beriman...amin...

    ReplyDelete
  14. ataicha - Setuju sangat..elok tgu laporan sepenuhnya..

    anon1 - rumusan yang cukup menarik..mungkin
    juga ada kemungkinan..

    anon2 dan anon3 - Ini bukan mengenai politik wehh,ini pasal orang meninggal..hormat sikit..jgn cuba aibkan orang yang dah meninggal,tak pasal2 dapat dosa kering.

    anon4 - Aminnnn semoga diampuni dosa-dosa mereka

    ReplyDelete
  15. Al-Fatihah buat mereka berdua.. semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka..

    Saya setuju kejadian ini tiada kaitan dgn siapa kita berpolitik ttp lebih kpd individu itu sndiri..

    ReplyDelete
  16. Ini adalah masalah peribadi antara mrk berdua, bukan krn politik so jgn salahkan UMNO dlm kes ini!

    ReplyDelete
  17. sy pon rasa terkejut sgt biler nengok briter tv3 mlm semlm... mmg sgt2 terkejut... tp, harapnya bkn commited suicide... harap2nyer btui2 eksiden... maybe saling berebut pistol then tertembak ker.... harap2 mcm itu ajer.... jgn menilai sesuatu yg kiter tak tahu, baik sedekah al-fatihah ajer....

    ReplyDelete
  18. yang membunuh orang islam, nerakalah padahnya

    ReplyDelete
  19. kena tgk dimana dan bagaimana kedudukan pistol tu. adakah ia dalam kedudukan cantik atau tunggang langgang,muncung dalam kedudukan arah mana, pistol di sebelah kiri atau kanan dato.tgk juga kaki kanan dato tekan pedal minyak atau tekan pedal brek. radio terpasag atau tertutup(volume kuat atau slow) siti rohana pakai seat belt atau tidak, dato pakai seat belt atau tak ( kalau pakai mmg susah sikit nak acu pistol). kereta siti rohana tapi pistol dalam kereta tu (adakah dato sentiasa bawa pistol).

    satu lagi..
    klu betullah datuk aziz yg tembak, xkn la dia leh g letak balik pistol tu elok2 kt tgh2 antara seat tu..logiknya, bila dah tembak kpala(jarak dekat) akan terus mati, tngan dah xleh nk digerakkn utk selit pistol tu kt tgh2 seat..s0, seolah2 ade komplot dlm inseden ni..

    myb...

    ade kaitan dgn pihak lain jgk sama ada nk bunuh rohana atau datuk aziz..mungkin sbb cemburu (kerana hbngn intim mereka)..myb, haritu datuk xbwk pistol dia, tp ade org lain yg menggunakan or mengupah org lain utk mnggunakn pistol itu bg membunuh pasangan terbabit dan after bunuh diorng tu,dia tgglkan pistol tu bersama mereka..org tu mungkin dah follow kereta mereka dan semasa nk bunuh mereka tu,dia himpit kereta psngan ni spaya terbabas sblm dia membuka pintu sblh driver utk dia bunuh pasangan ini..

    ReplyDelete
  20. Anon1 - Janganlah dipolitikkan hendaknya kes Datuk Aziz ni.

    Anon2 - Masalahnya jangan dipolitikkan semata-mata utk kepentingan parti masing-masing tak kira parti mana.

    akuzle - Setuju sangat dgn komen akuzle

    tasawuf - Siapakah kita untuk menempatkan & menghukum mereka? Memang jelas namun itu semua urusan ALLAH S.W.T

    Anon3 - Perghh dah macam CSI dah nie..hehe..jalan cerita yang cukup menarik..

    ReplyDelete
  21. Boleh jd jgk kata2 anom tu...dan jugak

    -xkanla datuk nk bwk kemana2 pistol dia...xlogik!
    -klu betulla datuk bwk pistol pd hari kejadian dan letak diantara seat meraka,andai dah sampai destinasi nnti, xkn lah dia nk ambk dr celah2 seat tu n letak dlm poket?? or dalam beg(tu pun klu bawa beg)??xlogik letak bnda2 bahaya mcm tu gitu jer..klu datuk tu selalu bawak pistol pun,mngkin dia akan letak ditempat tersembunyi..bknnya main letak kt celah2 tu jer..bahaya tu..
    -klu betullan datuk dgn niat nk bunuh rohana,xkan dia leh letak pistol tu kat celah2 seat tu hngga rohana boleh nampak..lgpn,menurut berita,pistol tu jelas leh nampak terselit kt ruang antara seat tu..dan xlogik la nk tembak org tgh2 drive..huhu
    -then,xkanla datuk nk selit camtu je pistol dia kt celah2 seat tu..tu pulak kereta rohana, bkn kereta dia.
    -so, mungkin smua ni dah dirancang oleh pihak lain yg xsenang dgn hubungan mereka...xmungkin seorang pemimpin yg dikenali sbg seorang yg bijak,baik hati,peramah dan bertanggungjawab nk bunuh dan bunuh diri mcmtu..tgh2 drive lak tu..klu dia betul nk bunuh pun,msti la kt tempat2 yg susah org nk detect mcm dlm hutan ker,atas bukit ker n dll...pikir2kn lah..

    ReplyDelete
  22. org yg membunuh org lain akan mengambil semua dosa org yg dibunuhnya...
    org yg dibunuh la yg b'untung, semua dosanya akan dipindahkan kpd org yg m'bunuhnya.
    wallahu'alam...

    ReplyDelete
  23. MEMANG BERDASARKAN FAKTA-FAKTA YANG ADA LEBIH MENJURUS KEPADA PEMBUNUHAN TERANCANG. APAPUN KITA TUNGGU KESUDAHAN SIASATAN. SAYA SENTIASA MENDOAKAN SEMOGA ROH MEREKA DITEMPATKAN BERSAMA GOLONGAN MEREKA YANG BERIMAN. AL-FATIHAH..

    ReplyDelete
  24. pasal celah2 seat, kedudukan pistol..adakah Dato' kidal..?

    ReplyDelete
  25. Eleh..... nie mcm case jiran2 aku gak... Puteri UMNO kawin dgn setiausaha menteri... jadi bini no-3... thats why ader pandang rendah sedikit kat diaorg2 nie...bnyk sgt affair dgn org atasan. UMNO tak salah, parti tu betul, tapi bila ader org gunakan utk kepentingan peribadi, itu dah salah!!

    ReplyDelete
  26. sayaa mmg beminat nak siasat kes neh.menarik !
    saya cuma mengagak yang kes neh ada kena mengena dengan family dato' abdul aziz.why not polis try to siasat this kes and ask dato' family.kes neh tidak ada mengena dgn BUNUH DIRI !suspek yg tembak berada disebelah kanan.thats why,kepala arwah ROHANA ada peluru sebelah kanan.im sure that kes neh org laen yg buat.

    ReplyDelete
  27. Wah..menarik fakta2 yang diberi oleh anon semua.Mungkin akan saya compilekan buat renungan semua..

    ReplyDelete
  28. Filem kat wayang da jd realiti.Pembunuhan terancang... Xper.. sepandai-pndai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga...

    ReplyDelete
  29. siapa yg lebih tahu dimana datuk simpan pistol itu.. lebih wajar disiasat!

    ReplyDelete
  30. Closing ceremony 4 "kempen Selamatkan Selangor" ditutup dengan kes ini. Tahniah diucapkan.

    Fikir-fikirkanlah...dan mohon petunjuk Allah selalu. Doa orang teraniaya dimakbulkan Allah.Ameen

    ReplyDelete
  31. Dahsyatnya korang ni ngalahkan CSI, tahniah teruskan usaha anda.

    ReplyDelete
  32. cik jaapar cik kiah oii...hang toksah lh dok sibuk2 jaga tepi kain org..mcm2 teori..terancang la merancang la..mcm ditektif conan..nyampah cek..biaq polis siasat...

    ReplyDelete
  33. Mungkin benar ada pembunuhan terancang minta polis siasat betul-betul jgn tutup kes cam tu aja boleh jadi saksi tu lah sebenarnya pembunuh upahan menyamar jadi saksi.Wallahualam harap kes ni di siasat betul-betul.

    ReplyDelete
  34. Menarik sungguh ulasan u all..pembunuhan terancanglah...pembunuh upahanlah...
    nak siasat sapa tau simpan pistol dia lah..kelakar la korang...

    Conclusion: saya tak nak dipimpin oleh orang2 yang macam ni...

    ReplyDelete
  35. ANTARA TAMBAHAN FAKTA YANG MENARIK DAN LOGIK :

    1)Tak kanlah datuk nk bwk kemana2 pistol dia...xlogik!
    Kalau betulla datuk bwk pistol pd hari kejadian dan letak diantara seat meraka,andai dah sampai destinasi nnti, xkan lah dia nk ambk dr tgh2 seat tu n letak dlm poket?? or dalam beg(tu pun klu bawa beg)??xlogik letak bnda2 bahaya mcm tu macamtu jer..klu datuk tu selalu bawak pistol pun,mngkin dia akan letak ditempat tersembunyi..bknnya main letak kt tengah2 tu camtu..bukankah bahaya n xreleven alasan dia saje2 letak kt tgh2 seat tu??..
    Kalau betullah datuk dengan niat nk bunuh rohana,xkan dia leh letak pistol tu kat tengah2 seat tu hingga membolehkan rohana nampak kewujudan pistol tu..logiknya,bila ada niat nak bunuh orang ni,terutama orang yang rapat dengan kita, mstilah dibuat dalam keadaan tidak diketahui niat kita ni kat mangsa tu..bukannya pamerkan pistol kat tepi camtu jer hingga mangsa boleh nampak dan berasa tak selesa..lgpn,menurut berita,pistol tu jelas leh nampak terselit kt ruang antara seat tu..dan pulak,xlogik la nak tembak org tengah2 drive,at least mestilah berhentikan kereta dulu baru tembak..kalau berhentikn kereta elok- elok, kereta tu akan berada dalam keadaan baik..bukannya dalam keadaan terbabas macamtu..ini menunjukkan ada individu lain yang himpat kereta ni sehingga terbabas dan membunuh pasangan ini..
    Then,xkanlah datuk nak selit camtu je pistol dia kt tengah2 seat tu..tu pulak kereta rohana, bkn kereta dia.
    So, mungkin semua ni dah dirancang oleh pihak lain yg xsenang dgn hubungan mereka...xmungkin seorang pemimpin yg dikenali sbg seorang yg bijak,baik hati,peramah dan bertanggungjawab nk bunuh dan bunuh diri mcmtu..tgh2 drive lak tu..klu dia betul nk bunuh pun,msti la kt tempat2 yg susah org nk detect mcm dlm hutan ker,atas bukit ker or mana- mana tempat yang tersorok sikit.

    2)Pistol kat tengah- tengah seat...Datuk Aziz ni KIDAL ker??

    3)Di badan Rohana ada 2 kesan tembakan..1 di kepala dan satu dibahagian dada manakala Datuk ada 1 kesan tembakan di kepala. kesemuanya berada di sisi sebelah kanan badan mangsa..Ini menunjukkan pembunuh itu menembak dari sebelah driver (mungkin pembunuh itu membuka pintu sebelah driver dan menembak pasangan ini).
    Mintak polis check cap jari di bahagian pintu kereta sebelah driver dan pistol yang digunakan tu (tu pun kalau pembunuh itu bodoh dan tidak memakai sarung tangan)..kalau tidak ada kesan cap jari datuk di pintu (sebab ada orang lain dan pegang atau padam), then di pistol ada kesan cap jari datuk, ini menunjukkan memang ada orang lain yg bunuh pasangan ini KERANA bila kat pintu tak ada kesan tapi kat pistol ada pulak kesan cap jari datuk, ini bermakna memang mereka telah di bunuh oleh orang lain ( sebab kesan cap jari datuk yang merupakan(orang terakhir yang membuka pintu kereta)tidak dapat di kesan)..kalau betullah datuk yang bunuh, kat pintu kereta MESTI ada cap jari dia dan di pistol pun MESTI ada cap jari dia SAHAJA..bukannya di pistol saje. Kalau hanya di pistol sahaja, dekat pintu kereta tiada kesan cap jari bermakna pembunuh itu telah meletakkan tangan datuk untuk pegang pistol tu seolah- olah dia yang bunuh Siti Rohana.

    ReplyDelete
  36. "dan janganlah kamu membunuh dirimu,sesunguhnya allah adalah maha penyayang kepadamu.Dan barangsesiapa berbuat demikian dengan melangar hak dan anaiya,maka kami kelak akan memasukkanya ke neraka.yang demikian itu adalah mudah bagi allah-qs.an-nisaa:29-30 kalau membunuh diri surah an nissa ini sebagai rujukan tapi kalau mereka di bunuh hadis ini pula sebagai rujukan-"yang pertama kali di hisab (oleh allah) di antara manusia nanti ialah masalah pembunuhan"-hadis riwayat nasai-

    ReplyDelete
  37. memang pening klu pikir lama2 kes ni..
    benda ni berlaku siang2 hari. klu mlm mgkin org x prsan ade org lepaskan tembakan mlm2...
    kene dpt mimpi ni siapa yg bunuh siapa

    ReplyDelete
  38. hanya empunya diri dan allah yang mengetahui

    ReplyDelete
  39. saya hairan. kenapa seorang pemimpin sangup bunuh dan bunuh diri. mana agama mereka

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails