06 August 2010

KES TEMBAK DATUK ABDUL AZIZ MOHD NOH DAN SITI ROHANA ISMAT | KOMEN MENARIK DARI ANONYMOUS


Aku tak sangka begitu ramai pemerhati-pemerhati diluar sana yang berminat dengan Kes Arwah Datuk Aziz Mohd Noh ni. Ini dibuktikan dari komen-komen yang telah diberikan oleh para penyiasat tak rasmi dalam entri aku iaitu KES TEMBAK DATUK AZIZ MOHD NOH DAN NAIB KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANJUNG KARANG. Dah macam sekuel CSI lah pulak. Ada juga komen yang berbaur politik. Aku harap janganlah di Politikkan perkara yang telah berlaku. Lagi pun Kes melibatkan kematian maka terputuslah hubungan dengan dunia.

Maka disini aku ingin selitkan serba sedikit hasil siasatan secara tidak rasmi dari anonymous yang bagi aku cukup menarik untuk difikirkan bersama. Tujuan aku sekadar ingin berkongsi pandangan mengenai kes ini. Ini sekadar pandangan bukan tuduhan. Anda dilarang sama sekali terpengaruh dengan komen-komen yang telah diberikan.Petikan ada pembetulan sedikit kerana terdapat ayat yang agak singkat digunakan.

Anonymous 1.

Pada pendapat saya, Abdul Aziz menembak Siti Rohana dan kemudian menembak dirinya sendiri kerana kesan tembakan adalah di sebelah kanan kepala kedua2 mangsa. Kalau Siti Rohana yang menembak, sudah tentu dia tembak sebelah kiri kepala Aziz kerana Aziz pada masa itu duduk di sebelah kanannya. Fakta yang kedua, Terdapat 2 kesan tembakan pada Rohana. Saya rasa, tak mungkin apabila dia menembak kali pertama, dia masih mampu mengangkat pistol dan menembak dirinya buat kali kedua.

Anonymous 2.

Kena tengok dimana dan bagaimana kedudukan pistol tu. adakah ia dalam kedudukan cantik atau tunggang langgang,muncung dalam kedudukan arah mana, pistol di sebelah kiri atau kanan Dato.tengok juga kaki kanan Dato tekan pedal minyak atau tekan pedal brek. radio terpasang atau tertutup(volume kuat atau slow) Siti Rohana pakai seat belt atau tidak, Dato pakai seat belt atau tak ( kalau pakai memang susah sikit nak acu pistol). Kereta Siti Rohana, tapi pistol dalam kereta tu (adakah Dato sentiasa bawa pistol?).

Satu lagi..kalau betullah Datuk Aziz yg tembak, tak kan la dia boleh pergi letak balik pistol tu elok-elok kat tengah-tengah antara seat tu..logiknya, bila dah tembak kepala pada jarak dekat akan terus mati, tangan dah tak boleh nak digerakkn untuk selit pistol tu kat tengah-tengah seat..so seolah-olah ada komplot dalam insiden ni..

Maybe...ade kaitan dengan pihak lain jugak sama ada nak bunuh Siti Rohana atau Datuk Aziz..mungkin sebab cemburu (kerana hubungan intim mereka)..maybe hari itu Datuk tak bawak pistol dia, tetapi ada orang lain yang menggunakan atau mengupah orang lain untuk menggunakan pistol itu bg membunuh pasangan terbabit dan after bunuh diorang tu,dia tinggalkan pistol tu bersama mereka..org tu mungkin dah follow kereta mereka dan semasa nak bunuh mereka tu,dia himpit kereta pasangan ni supaya terbabas sebelum dia membuka pintu sebelah driver untuk dia bunuh pasangan ini..

Anonymous 3.

Memang berdasarkan fakta-rakta yang ada lebih menjurus kepada pembunuhan terancang. Apapun kita tunggu kesudahan siasatan. Saya sentiasa mendoakan semoga Roh mereka ditempatkan bersama golongan-golongan mereka yang beriman. AL-FATIHAH..

Terima kasih buat anonymous yang telah memberi komen serta pandangan mengenai kes ini. Cukup menarik kalau difikirkan. Namun siapalah kita untuk mengadili mereka yang telah meninggal dunia. Apa yang diharapkan biarlah pihak berkuasa membuat siasatan dulu mengenai Kes ini.Ada juga yang masih berpegang dengan semangat parti. Perlukan semua ini? Siapakah anda masing-masing untuk menjatuh hukum kepada insan yang telah meninggal dunia? Aku harap janganlah berbalah mengenai perkara ini,kan elok masing-masing sedekahkan AL-FATIHAH buat saudara yang telah meninggal? Lu Pikirlah Sendiri...

Kat Bawah ni lain pulak cerita. Jom baik korang layan pulak bila ada pihak masing-masing menyuarakan pendapat yang bagi aku tak perlu dikecohkan.

Anonymous PARTI 1.

Macam ni ke pemimpin yang nak memimpin rakyat? atau memang semua pemimpin sekarang macam ni ke? ada iman ke? hahaha. siapa orang BN tu pikir2 laa

Anonymous PARTI 2.

Bukan masalah BN, asal salah BN, asal salah BN, BN tak ajar.  Diri kita sendiri kena jaga ikut ajaran Islam.Orang menuduh @ menunjuk @ menunding jari telunjuk kepada orang biasanya 3. Cari  lain menunjuk ke arah diri sendiri. Hentikanlah menyalah BN. Dosa tu. Mari kita ikut  ajaran Nabi Muhammad S.A.W...Jaga diri, Keluarga Sendiri. Sempurnakanlah dahulu. BN  tak masuk neraka @ syurga,tapi Diri sendiri akan ke salah satu tempat. FIKIRLAH.


Anonymous PENDAMAI

Al-Fatihah buat mereka berdua.. semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka..Saya setuju kejadian ini tiada kaitan dgn siapa kita berpolitik ttp lebih kpd individu itu sendiri..

Berdamailah saudaraku. Anda bercerita tentang orang yang telah meninggal dunia. Buangkanlah sikap yang tak elok tu. Sedekahkanlah Al-FATIHAH kan lebih elok dari memburuk-burukkan orang. Satu hari kita juga akan PERGI,fikirkan sebelum kita PERGI anda suka tak kalau orang menceritakan tentang keburukan yang ada pada diri masing-masing bila kita telah TIADA? Renung-renungkannnnn..

Updated Berita kredit  UTUSAN

SHAH ALAM 6 Ogos – Siasatan berhubung kes kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat di Sungai Buloh, Selangor, kelmarin sudah 90 peratus selesai.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya juga sudah hampir mengenal pasti motif kejadian itu yang tidak melibatkan pihak ketiga. - Utusan

11 comments:

  1. ramai yg berkira2 mengenai kes ini. secara logiknya ieda pon pikir seperti anon 2, hanya mereka saja yang tau...tapi mereka sudah tiada, al-fatihah buat mereka..

    ReplyDelete
  2. ini sure kes cemburu, kemudian tembak dan bunuh diri. tengok le nanti..90% accurate analysis ni.

    ReplyDelete
  3. teori aku lak..ni teori je tau..datuk tu tembak pompuan tu sbb kene uguk nk bongkar affair diorng..datuk tu marah tembakla pompuan tu..pahtu alang2 tembak org nanti masuk pnjare..so tembakla diri sndiri senang abih cite xyah nk jwb polis tanye... org tanye...he he ok tak

    ReplyDelete
  4. harap2 kita tak speculate apa yang terjadi sebab kes ni sangat sensitif sekarang ni kan....

    Apa Yang Menarik di Zhaneez Craft

    ReplyDelete
  5. Ieda - Setuju apa yang boleh kita buat sedekah Al-fatihah buat yang telah pergi.

    Anon1 - Wah 90% accurate tuhh..hehe..buleh jadi penyiasat ni.

    Anon2 - Kita boleh andaikan apa sahaja tapi seeloknya biar siasatan dihabiskan dulu..apa2 pun menarik juga teori ni.

    SharingInfoz - Setuju..tapi masalahnya ramai dah buat spekulasi ni. Apa yang diharapkan jangan terpengaruh dgn spekulasi ini..

    ReplyDelete
  6. ini bahagian dia org...kita ntah mcm mana...
    al-fatihah buat kedua2 arwah...
    Semoga roh mereka dicucuri rahmat olehNya...
    Amin...

    ReplyDelete
  7. Setuju semoga dosa-dosa mereka diampuni...Amin

    ReplyDelete
  8. masing masing ada kelemahan, ini turn dia orang, turn kita tak tau bila pulak ... masuk surga atau neraka bukan kita yang tentukan, allah yang tentukan, dah jangan cakap banyak, patut orang melayu tak maju2, cakap lebih dari buat kerja, aku nak sambung buat kerja ni

    ReplyDelete
  9. Melayu banyak sangat tengok citer hindustan. tu yang jadi cam ni. cerita hindustan buatkan orang melayu lemah dan asyik nak bercinta nangis2. tu yang sanggup bunuh diri tu. lepas tu tambah pulak dengan cerita ariel and luna maya, tu yang sampai cinta jadi romen and jadi kes buang anak. lebih elok ajar anak2 kita tengok naruto, one piece ke. lg banyak paedah. diorang menggalakkan supaya kuat berusaha. kalau tak nak tengok, naruto dan one piece pun takpe, tengok godfather, at least boleh mati macam italian Don. aku salahkan orang-orang pompuan mesia sebab suka tengok cerita hindustan. and orang laki pulak tgk citer ariel. tapi bersyukur menjadi seorang lelaki di mana, kami hanya jadi pemangsa dan bukan mangsa. aku dah mengarut. tapi aku serious. jadikan renungan, pilih apa yang anak2 patut tengok. tengok citer yang beri faedah. if you love to watch MTV then, you are the first or partly to blame for the our social disaster. out of many choices, you choose the bad ones. bongok gak orang kite ni.

    ReplyDelete
  10. Salam Ramadhan... Al-Fatehah kepada kedua2nya.Syurga neraka hak Allah.Tak semestinya lagi esok apabila buka pintu2 syurga ada kelibat Tok Guru Nik Aziz, Mat Sabu, Mahfuz ,Najib, Muhyiddin dalam syurga. mereka ni juga pemimpin tak lepas dari azab.

    ReplyDelete
  11. Salam Ramadhan dikembalikan. Setuju dengan pendapat anon syurga bukan hak kita tapi hakNYA..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails