24 August 2010

KES LETUPAN MERCUN BUKAN LAGI JARI PUTUS TAPI NYAWA HILANG


Baru 2 hari lepas aku buat entri mengenai kisah Meriam dalam Entri MASIHKAH KAU INGAT KENANGAN DULU DULU dan ada memberitahu perihal Kes Mercun dan akhirnya apa yang aku perkatakan meengenai Mercun tepat sekali bila mana Kes yang terjadi di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, Terengganu bukan lagi kehilangan jari tapi Kehilangan Nyawa. Ya ALLAH Ya Tuhanku. Begitu ngeri penangan MERCUN pada kali ini yang telah melibatkan Nyawa.


Apa yang aku ketahui kejadian yang berlaku 12.30 tengah hari itu telah menyebabkan adik Khairul Arif Ayob yang hanya berumur 6 tahun telah tercampak ke atas pokok setinggi 15 meter dan turut mengalami cedera parah dibahagian kepala hingga menyebabkan beliau kehilangan nyawa. Dua lagi lelaki juga cedera parah dalam kejadian itu. Aku malas nak ulas lebih panjang cerita ini kerana apa yang ingin aku utarakan disini buat ibubapa,tengok-tengokkanlah anak-anak anda demi untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku.

Macam mana perasaan IBUBAPA yang telah kehilangan anak yang baru berumur 6 tahun ini apa lagi SYAWAL akan tiba. Apa yang pasti suasana Hari Raya pada tahun ini begitu memilukan dek kehilangan anak yang masih kecil. Cukup ngeri sebab ada yang mengatakan arwah telah cedera teruk dibahagian kepala sehingga otak terkeluar..adeyyy..Dari itu sekali lagi aku menyeru kepada semua orang terutama ibubapa jaga-jagalah anak tu,kalau boleh jangan dibagi main mercun. BERINGAT-INGAT JANGAN TERLEWAT MENYESAL KEMUDIAN....

3 comments:

  1. ohh..video kat fesbuk tuh pasal ni lah rupannya..innalillah..

    ReplyDelete
  2. itu la.... ckp mak pak x mau dengaq...sapa yg susah??? mak pak gak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails