17 August 2010

KEMELUT ANTARA PIERRE ANDRE DAN DAVID TEOH SELESAI | KISAH ARTIS


Aku rasa kes ini dah lama berlaku,akhirnya kemelut perhubungan antara pierre Andre dan David Teo akhirnya selesai. Apa yang aku terbaca Pierre Sanggup berjumpa dan memohon maaf dengan David Teoh atas segala kesilapan yang telah beliau lakukan. Beliau juga mengaku yang beliau terikut kata-kata orang sehingga menyebabkan beliau menderhaka kepada guru beliau iaitu David Teoh. Maka dengan ini selesailah perbalahan diantara kedua-duanya.


Bagi aku Pierre seorang anak muda yang cukup berpotensi besar sebagai seorang pengarah. Dari segi lakonan aku cukup suka dengan lakonan beliau kerana beliau ada ciri-ciri tersendiri yang tiada pada pelakon lain. Mungkin dari "Slanga" beliau yang unik. Apa-apa pun aku harap beliau akan terus berjaya mencipta nama dalam bidang pengarahan setelah kemelut antara beliau dengan David Teoh Selesai.

Bakat yang ada pada beliau memang besar dan aku yakin beliau salah seorang calon muda yang layak menerajui bidang pengarahan pada masa kini. Apa yang aku harap dari beliau adalah buangkan sikap "Angin Satu Badan" pada diri untuk terus berjaya didalam apa jua bidang yang diceburi terutama lakonan dan pengarahan.Moga Industri perfileman akan terus berkembang dan mantap.

7 comments:

  1. huhuh salam abe...

    mmg hudet laa lu nyer blog... cepat dan pantas.. ke pierre tu member ko?

    ReplyDelete
  2. Hamzah - apa yang bagus nyer..hehe

    Jogger - Salam dikembalikan abe...mana engko menghilang diri? Dah Jadik CEO ker??Ngko kayo senyap2 jerr..hehe..ada dalam berita daaa...aku kenal pierre tu pun dalam TV jerr..hehe

    ReplyDelete
  3. harap pasni tak yah la lagik gaduh... macam kanak2 je.. keke

    ReplyDelete
  4. Faizal - Eloklah tuh akhirnya selesai sudah sengketa

    mrnamie - Betul2 malulah gaduh mcm budak budak

    Sharinginfoz - Itulah jalan sebaiknya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails