Sekadar ingin menyampaikan Ucapan Takziah buat Keluarga Arwah ISA BAKAR 58 iaitu seorang bekas pemain Bolasepak Kebangsaam yang cukup terkenal seangkatan dengan Arwah Mokthar Dahari. Beliau meninggal pada pukul 10.15 pagi di Hospital George Town Pulau Pinang. Arwah ISA BAKAR mengalami batuk berdarah sejak semalam dan telah dimasukkan ke hospital pada hari semalam.
Kepada sesiapa yang mengenali ISA BAKAR pasti akan terkenang kehebatan beliau sebagai penyerang berbisa yang bergandingan dengan lagenda Bola Malaysia iaitu Arwah Mokthar Dahari. Bersama-sama dengan rakan-rakan beliau seperti R.Arumugam, Santokh Singh ,Soo Chin Aun dan ramai lagi maka terbentuklah sebuah pasukan yang cukup digeruni sekitar tahun 1970.
DIZAMAN ERA KEGEMILANGAN BELIAU
Ucapan takziah sekali lagi kepada Keluarga ISA BAKAR diatas pemergian ini. Semoga rohnya ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat hendaknya..AL-FATIHAH...


No comments:
Post a Comment