09 August 2010

FARHAT ABBAS SAYS | AHMAD DHANI NGGAK ADA OTAK!! | KONTROVERSI


FARHAT ABBAS yang sentiasa penuh dengan ayat-ayat kontroversi kali ini telah mengutuk AHMAD DHANI iaitu penyanyi utama kumpulan yang begitu terkenal DEWA dengan mengatakan "DHANI itu saya rasa nggak punya otak!" Keras bunyinya komen FARHAT kali ini. Mungkin bakal mengundang kontroversi lagi?


Kata-kata dari FARHAT ini timbul bila AHMAD DHANI telah menganjurkan sebuah Konsert For Free ARIEL. Menurut FARHAT ini pasti akan membuat ARIEL bertambah malu kerana menurut beliau pada saat ini ARIEL telah mula taubat dan beribadah dan secara tiba-tiba telah menjadi tumpuan umum disebabkan Konsert yang dianjurkan.

Menurut beliau kalau setakat meminta tanda tangan rakyat Indonesia mungkin tidak akan menjadi masalah,namun itu terpulang kepada budibicara Pihak Polis sama ada hendak terus menahan ARIEL atau tidak. Sejak Kes ARIEL ini keluar,FARHAT ABBAS juga menjadi semakin popular dengan komen-komen yang panas.

Nampaknya beliau bakal mengundang Kontroversi sekali lagi dengan kata-kata beliau ini. Kita tunggu apa pula reaksi AHMAD DHANI mengenai perkara ini. Adakah AHMAD DHANI akan berdiam diri. Aku rasa mungkin AHMAD DHANI akan mempertahankan tindakan beliau ini. Adakah akan berlaku pergeseran antara Kedua-duanya? Tunggu biar masa menentukan.


Moral of the story -  Jangan kerana mulut badan binasa, Selesaikan masalah jangan menambahkan masalah.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails