Buat pertama kali aku berblogging didalam bulan RAMADHAN. Apa yang aku dapat rasakan adalah terasa berat sekali ingin membuat entri. Idea entah kemana. Namun aku paksa juga membuat apa yang patut yang aku rasakan perlu.Iaitu membuat entri. Setakat ini ada juga blogger-blogger baru bertanya dengan aku bagaimana untuk mendapatkan Buffered Earning.
Maklumat ini untuk pengetahuan blogger-blogger baru memang ada dibahagian akaun anda dengan NUFFNANG. Sila semak bahagian Soalan Lazim. Apa yang perlu anda lakukan pelajari maksud-maksud atau terma-terma yang terdapat didalamnya. Baiklah untuk menjawab soalan bagaimana untuk mendapat Buffered Earning disini saya salin jawapan terus dari Akaun Nuffnang.
Pengiklan akan membeli sejumlah set bilangan pengunjung unik daripada blog anda untuk memaparkan iklan mereka dalam tempoh minggu tertentu. Jumlah pendapatan yang anda perolehi akan disimpan sebagai Pendapatan Terumpuk sementara kempen itu berjalan sehingga ia mencapai bilangan unik yang dibeli pengiklan daripada blog anda. Setelah blog anda selesai memberikan jumlah unik yang dikehendaki, pendapatan anda akan dikredit masuk ke dalam Pendapatan Semasa anda.
Diharap jawapan diatas dapat menjawab segala persoalan anda tentang Buffered Earning. Apa yang perlu, sebelum anda berblogging lebih jauh lagi,anda disarankan belajar dan fahami apa yang diperlukan untuk memantapkan blog anda. Semua ini tidak akan datang dengan mudah kalau tiada usaha. Jadi saya sarankan belajar dan pelajari apa yang patut. Ketepikan pendapatan yang bakal diperolehi dahulu sekira ingin terus berjaya.
bro, maksudnye pengiklan la yg dtg tngk blog kite??? tak paham lg aku ayat nuff bg ni..
ReplyDeleteyeap.. well said =)
ReplyDeleteok ok dah paham sket dah
ReplyDeletethanks for the info! ;))
ReplyDeleteHamzah - Ikutkan Pengiklan yang punyer kerja nak beli unik kat blog sapa diaorang nak beli..
ReplyDeleteKen - Its from NN actually..hehe
Ciklily - Hehe..orang kena paham banyak daa..
Bazilah - Your welcome
erkk.. tak paham ayat tu.. terumpuk tu apa?
ReplyDeleteterumpuk tuh kira buffered earninglah miss cloudy..semak kat faq Nuffnang untuk maklumat lanjut dan jelas.Thanks
ReplyDelete