Aku cukup terharu diatas pengiktirafan dari sebuah blog Komuniti yang bertapak di Negeri Kelahiran aku SARAWAK iaitu SARAWAK BLOGGERS dengan menjadikan blog aku sebagai "BLOGGER OF THE MONTH - AUGUST 2010". Ini merupakan pengiktirafan yang PERTAMA yang aku terima sepanjang penglibatan aku didalam arena Blogging dan aku cukup berterima kasih kepada mereka yang mengendalikan SARAWAK BLOGGERS ini terutama pengasas Blog ini iaitu saudara CYRIL DASON.
Sedikit latarbelakang mengenai SARAWAK BLOGGERS. Ia telah ditubuhkan pada Januari 2010 oleh saudara CYRIL DASON setelah beliau sedar betapa perlunya ada sebuah komuniti blogging yang tersusun terutama untuk blogger dari Sarawak. Maka dengan ini timbullah blog SARAWAK BLOGGERS.
Tanpa kerjasama mungkin mustahil SARAWAK BLOGGERS dapat terus berkembang,maka dengan bantuan beberapa rakan-rakan beliau maka wujud CORE TEAM yang terdiri dari beberapa Blogger tempatan yang cukup hebat seperti Irene Law, Kee Man, Fahri Izzad, Norman Goh, Amiey Alen, Anna Bella Wong dan LadyBird.
Aku cukup kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh team SARAWAK BLOGGERS ini dalam mengumpul blogger-blogger tempatan terutama blogger-blogger dari SARAWAK. Tanpa kenal erti penat lelah pelbagai aktiviti telah dijalankan. Mungkin satu hari nanti aku akan cuba mengikuti acara yang dianjurkan oleh SARAWAK BLOGGERS.
Satu kelebihan dalam SARAWAK BLOGGERS ini adalah mereka mempunya KOD ETIKA Berblogging dan ini membuat aku tabik atas usaha mereka untuk mempraktikkan KOD ETIKA ketika berblogging. Apa yang dapat aku rasakan SARAWAK BLOGGERS boleh pergi jauh lagi dengan perancangan yang teratur.
Disini aku ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi dan memberi pendapat agar dapat dimanafaatkan demi memastikan BLOGGING terus berkembang. Pada pendapat aku SARAWAK BLOGGERS mungkin boleh membuat satu ruang khas untuk blogger dari seluruh Malaysia. Tidak hanya kepada Blogger tempatan SARAWAK sahaja.
Dengan ini ia dapat membantu memupukkan semangat INTEGRASI antara SARAWAK dan SEMENANJUNG MALAYSIA. Dengan terbukanya ruang khas ini nanti memudahkan blogger dari Semenajung Malaysia untuk berinteraksi dengan Blogger dari SARAWAK dan tidak mustahil mungkin satu hari nanti boleh diadakan satu perhimpunan antara Blogger-blogger dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak.
Apa cukup berbangga kerana telah terpilih sebagai "BLOGGER OF THE MONTH -AUGUST 2010" kerana ia mengiktirafkan penglibatan aku didalam Blogging dan apa yang pasti satu hari nanti SARAWAK BLOGGERS akan terus berkembang dengan jayanya dan terima kasih tidak terhingga buat Pengasas SARAWAK BLOGGERS iaitu saudara CYRIL DASON dan CORE TEAM atas usaha yang murni dalam memastikan SARAWAK BLOGGERS terus dikenali. KEEP IT UP Guys...

so cool.. congrats =)
ReplyDeletetahniah bang jai!!! hhaha
ReplyDeleteKen - Thanks bro..
ReplyDeleteHamzah - Terima Kaseyyyy
bak kata pepatah - rajin berusaha tangga kejayaan. nahh kejayaan yang dicapai hari ini tidak datang bergolek sekiranya tiada usaha kan. tidak dilupakan, minat juga memainkan peranan yang penting dalam 'menghidupkan' sesebuah blog. tidak sia-sia lah usaha anda berkecimpung dalam bidang blogging kerana selain daripada dapat berkenalan dengan rakan-rakan blogger, berkongsi pendapat tentang isu-isu semasa malah dapat juga meraih keuntungan dari blogging.
ReplyDeleteteruskan usaha anda kerana penglibatan anda telah sedikit sebanyak telah mengharumkan nama Sarawak Blogger. :)
ps-kamek blum ke tahap hebat gik deng. ;p
Jai, Awesome suggesting Jai. We will definately look into it for the future, but in the mean time, congratulations on being the blogger of the month for August!
ReplyDelete-cyrildason.com
Thanks LadyBird & Cyril
ReplyDelete