01 August 2010

AKU TERJEBAK | GCB McDONALDS MEMANG SEDAP | AMARAN BUAT EYRIQAZZ , BEAN MORENO DAN SUMIJELLY


Semuanya gara-gara entri yang bermula dari saudara BEAN MORENO yang cepat dipengaruhi oleh iklan. Kemudian berjangkit kepada Saudara EYRIQAZZ yang memang banyak pantang,pantang jumpa nak aje cuba.Kemudian Saudari SUMIJELLY yang juga seorang yang mudah dipengaruhi bila disogok dengan makanan. Sekarang giliran aku pula yang juga terjejas teruk dek gambar-gambar yang mengasyikkan dalam entri mereka-mereka ini.


Apa lagi kalau bukan kerana Burger GCB dari McDonalds. Terngiang-ngiang bukan ditelinga tapi dalam fikiran aku. Sukar untuk aku lupakan,jadi kebetulan hari Jumaat aku balik lambat dan orang rumah aku pergi jalan-jalan bukan cari makan tapi cuci mata di Bukit Bintang,jadi aku "terpesan" GCB Burger..hehe..kira orang rumah aku belanjalah dalam terpaksalah yerr..terima kasih sayang..nanti abang beli Double Cheese Burger sebagai ganti.


Teruja nak makan. Tak menyempat nak sampai kerumah, aku dengan rasa keterujaan terus menjamah GCB yang dibeli didalam kereta. Bungkasan yang diguna cukup memudahkan aku untuk makan ketika dalam kereta. Kebetulan jalan sekitar KL sesak. Apa lagi peluang dah ada didepan mata,sambil orang rumah kejap kejap menjeling kepadaku.

WOWWWW..

NYAMMM...

TAK BOLEH TAHAN LAGI...

Harap maaf Kualiti gambar agak kurang memuaskan disebabkan kegelojohan aku yang begitu teruja nak menjamah GCB ini. Apa yang boleh aku katakan mengenai GCB disini adalah ia sesuai untuk golongan muda remaja seperti aku (umur dah dekat 40 tahun..hehe). Di Khaskan buat sesiapa yang suka dengan adunan yang terdapat "Black Pepper" didalamnya. Tidak sesuai untuk kanak-kanak yang tidak tahan pedas.


DISCLAIMER - Anda disaran meihat gambar dibawah dengan budi bicara anda sendiri. Sila beri tumpuan kepada gambar GCB sahaja,abaikan gambar muka model yang ditugaskan untuk makan GCB. Ini untuk memastikan anda juga akan terliur bila melihat bayangan GCB ini nanti sehingga terbawa-bawa didalam Mimpi. Sekian Harap Maklum...

PEMANDUAN TERJEJAS..

SUAPAN PERTAMA DILAKUKAN..

KETERUJAAN KALI PERTAMA....

BILA ORANG RUMAH MINTAK SIKIT.....

KEADAAN TIDAK TERKAWAL..KETERUJAAN MAKSIMUM..


MUKA KEPUASAN HINGGA COMOT MUKA...


Begitulah penangan dari GCB ini. Kepada kaki-kaki makan yang suka dengan adunan yang disertakan dengan "BLACK PEPPER" saya sarankan,inilah Burger yang boleh memuaskan nafsu makan anda dengan syarat anda kena makan sekurang-kurangnya 2 biji sekaligus..hehe. Akhirnya kepuasan milik aku pada malam itu dan sedikit buat isteri aku yang cuma sekadar ingin merasa dek kerana dah kenyang sebelum ini..




Apa yang pasti, ini bukan kali terakhir aku akan merasa GCB ini kerana hati aku dah terpikat dengan keenakan rasa Burger ini. Masih terbayang mayonise yang melekat dibibir aku kat dalam gambar diatas.Masih aku terasa segala adunan rempah ratus yang terkandung dalam Burger GCB ini. Ini semua angkara BEAN , EYRIQAZZ dan SUMIJELLY dan aku terjebak kali ini..




Harga aku tak pasti,tapi korang boleh semak entri kat ketiga-tiga TALI BARUT KAK INA KL diatas untuk mengetahui harga sebenar GCB ini kerana aku dapat secara percuma terima kasih kat isteri aku yang sanggup melayan kerenah suami beliau yang hilang kawalan bila dapat merasa GCB yang sibuk diperkatakan oleh semua orang. Disebabkan ini semua angkara rakan-rakan blogger aku seperti yang disebutkan tadi maka disini aku nak korang belanja aku makan GCB lagi..ini semua korang punya pasal..hehe..

10 comments:

  1. aDOI....x kan la dah dapat award blogger of the month Sarawak Blogger celebrate makan burger je...tahniah......

    ReplyDelete
  2. blom try gik.. pastok nak try juak lah.. melior indah nangga... hehehe

    ReplyDelete
  3. EDDY - Thanks..tak tahu pun terima award..buka email bru tahu..

    Hajib - Wajib try ehh..tapi pedas sikit sik sesuai utk nembiak debah umor..

    ReplyDelete
  4. uish .bapak layan .selamat aku tgh diet skrg nih .haha .

    ReplyDelete
  5. nampak sedap bang..
    tapi tk sempat lagi nak rase.. hehehhee
    nnti nak pergi terjah gak.. hehehee

    ReplyDelete
  6. ahaha.. ak bru kn try bro.. mcm best jer..

    ReplyDelete
  7. xazryx - takyah diet..balun jerr..hehe

    Lyn - Kalau suka perasa Black Pepper burger nie jawapannya

    darkbatman - Bolehlah..dgn mayonisenyer,daging ayam salainyerr..uihhhhhh..sodap..hehe

    ReplyDelete
  8. sy kje McD, hari leh mkn GCB..hehe..tp skg no more already...ble dh tiada..ramai pula yg tnya, dik..errr..burger gcb ade lg ker?.sori sir, no more already..limited time only

    ReplyDelete
  9. CikMakhlukBumi - Memang Umpphhh..kena pulak yang double..perghh Marvellous

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails