DISCLAIMER :
Penumpuan pembacaan diperlukan daripada para pembaca.Entri terpanjang pernah aku buat dan mungkin terdapat kesilapan. Ini hanya sekadar pandangan peribadi secara ikhlas berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi dari Akhbar. Harap Maklum.
Perbicaraan Pelakon iaitu KHAERYLL BENJAMIN IBRAHIM atau lebih dikenali dengan nama BENJY telah bersambung. Dari 3 pertuduhan satu pertuduhan telah digugurkan iaitu pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) dan kini beliau dibicara atas 2 pertuduhan iaitu memiliki syabu seberat 0.24gram dimana Kedua-dua pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan..
Aku keliru sebenarnya kerana dari awal penangkapan pelbagai maklumat yang tidak jelas telah diberitakan termasuk mengenai dadah Kokain yang bernilai RM650,000 dan Syabu bernilai RM2,000 dan juga mengenai Makmal Mini yang dikatakan milik BENJY. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Tapi sekarang yang dibicara hanya 2 pertuduhan. Apa KES?
Baiklah cuba kita imbas kembali Kes si BENJY ini buat renungan bersama. Menurut laporan dari akhbar UTUSAN yang bertarikh 14hb March 2010 (KLIK DISINI untuk Maklumat) ada menyatakan pengesahan dari Pihak Polis bahawa mereka mengesahkan bahawa BENJY ditahan bagi membantu siasatan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah dan yang peliknya laporan juga mengatakan semasa ditahan,polis telah menemui 850gram kokain dan 140gram syabu (mana itu barang daa?) di Kondominium BENJY. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Kemudian Laporan dipetik dari MSTAR ONLINE yang bertarikh 28hb Mac 2010 (KLIK DISINI untuk Maklumat lanjut) telah melaporkan BENJY ditahan semula selepas dibebas seketika. Pada waktu ini ibu beliau AZEAN IRDAWATY telah membayar wang ikat jamin berjumlah RM2,000.00 kepada pihak mahkamah. Namun kali ini beliau telah ditahan semula dan menurut laporan, polis telah menyatakan beliau ditahan semula untuk siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan dan Kawalan Khas). Begitu juga akhbar KOSMO bertarikh 28hb Mac 2010 (KLIK DISINI untuk Maklumat Lanjut) juga melaporkan perkara yang sama.
Dalam petikan akhbar KOSMO yang bertarikh 28hb Mac 2010 itu ada menyebut Peguam Kanan Persekutuan, Najib Zakaria berkata, adalah wajar demi kepentingan awam untuk menahan semula pelakon itu bagi membolehkan orang lain yang terbabit dengan tertuduh dalam aktiviti dadah dapat ditahan."Tidak ada keterangan afidavit oleh pemohon untuk menunjukkan bahawa siasatan polis tidak diteruskan secara serius. Hujahan pemohon adalah salah faham usaha murni pasukan polis untuk membendung gejala berkaitan aktiviti dadah," katanya semasa membalas hujahan peguam Benjy, Amer Hamzah Arshad.
Kemudian Laporan dari MSTAR bertarikh 12hb Mei telah melaporkan (KLIK DISINI untuk Maklumat Lanjut) BENJY didakwa dengan 2 lagi pertuduhan tambahan iaitu memiliki dadah dan pertuduhan tambahan pertama beliau didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. Pertuduhan tambahan kedua pula beliau didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama Pindaan (A1167/2002) yang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan diwajibkan pengawasan di bawah Seksyen 38B Akta yang sama tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari tiga tahun.
Kesimpulan dari maklumat diatas secara ringkasnya dari pemulaan cerita dimana BENJY ditahan pelbagai Seksyen dan Akta telah digunakan iaitu :
1. Akta 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
2. Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan dan Kawalan Khas). Menurut Peguam Kanan Persekutuandemi kepentingan awam untuk menahan semula pelakon itu bagi membolehkan orang lain yang terbabit dengan tertuduh dalam aktiviti dadah dapat ditahan.
3. 2 Pertuduhan tambahan iaitu pertuduhan pertama mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
4. Pertuduhan Kedua didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama Pindaan (A1167/2002) yang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan diwajibkan pengawasan di bawah Seksyen 38B Akta yang sama tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari tiga tahun
4. Pertuduhan Kedua didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama Pindaan (A1167/2002) yang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan diwajibkan pengawasan di bawah Seksyen 38B Akta yang sama tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari tiga tahun
Secara keseluruhan dari Akta dan Seksyen yang diguna pada perbicaraan yang dijalankan semalam (KLIK DISINI untuk rujukan) beliau telah didakwa atas 2 pertuduhan setelah 1 pertuduhan ditarik balik yang mana Kedua-dua pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Bermakna kalau diikutkan Kes BENJY ini disiasat kalau tak silap aku berpandukan Laporan MSTAR yang bertarikh 12hb Mei 2010 (KLIK DISINI untuk Maklumat Lanjut).
Satu persoalan yang bermain-main difikiran aku sekarang, Bagaimana dengan Kes Kokain RM650,000 dan Syabu RM2,000.00 yang menjadikan BENJY berada hampir di AMBANG MAUT. Adakah pihak tertentu ingin menganiaya beliau? Betul ker? Bagaimana pula dengan laporan oleh UTUSAN bertarikh 14hb Mac 2010 dimana Pihak POLIS SENDIRI telah memberi PENGESAHAN..saya ulang PENGESAHAN yang mereka MENEMUI KOKAIN yang bernilai RM650,000 dan SYABU bernilai RM2,000.00 dikondominium BENJY.
Apa pendapat anda? Aku masih belum menemui kenyataan atau pembetulan mengenai persoalan dari Pihak POLIS mahu pun mana-mana pihak mengenainya. Adakah Pihak POLIS tersilap? Mana mungkinkan tapi itulah kenyataan. Cuba sama-sama kita renungkan kembali. Apa yang aku harapkan moga KHAERYLL BENJAMIN IBRAHIM @ BENJY mendapat pembelaan sewajarnya. Ketepikan sangkaan buruk,fikirkan apa yang aku tuliskan ini.

ratus-ratus ribu harga syabu.. wow
ReplyDeleteJai..i want to thank u so much..byk sangat2..u r the only person yg selama nie nampak kebenaran case nie..thank u jai..i rasa lega sangat2 bila bace..rasa mcm benda nie akan end soon..thanks jai..thank u sangat2.=)
ReplyDeletepada pendapat sy,kita terlalu tumpu pada benjy saja..tp teman wanita yg ditangkap bersama benjy ghaib terus tanpa sebarang berita..ini semua politik...dunia dah xbetul skrg..semua orang mkn org..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHamzah - Harga satu hal, Tapi mana pergi itu barang? Tuh yang aku heran? Polis dah mengesahkan mereka telah menemui dadah kokain dan syabu bernilai RM650,000.00 dan Syabu RM2,000.00 dalam paper tapi mana perginya barang tuhh..heran bin ajaib...
ReplyDeleteMai Aliyah - Teman wanita BENJY tak ghaib beliau sekarang ada memerhati blog ini untuk perkembangan terkini. Nak tahu apa yang dia rasa sekarang pi visit kat sidebar blog saya ini dan cari blog MyListOgraphy.
Fifie - Your welcome..Hope everything goes well. Wish you luck
ReplyDeletemai aliyah - well , it is a free country after all rite ? so sy pun xley nk marah awk comment . BUT , before bukak mulut anda , sila buat research dlu boleh x ? comment anda hanya akan memalukan diri anda sendiri . psal dia xde berita sbb awk yg tak bc newspaper . isnt it ?
ReplyDeletemmg dunia skarang dah xbetul . sokong 100% . sbb ade nya org yg mcm awak !
FAKE:hhmm..ur right.its a free country after all,u can what ever u think it is..but its hard and it is almost impossible for the victim to fight against it..same goes to ur comment toward MAI ALIYAH..and same here,i agreed when u said about 'dunia skrg dah x betul'..in many ways..
ReplyDeleteJAI : sorry page u tetiba jd medan peperangan..haha
ReplyDeleteFake - Be more polite please..it wound solve the problem. Ia cuma mai aliyah personel komen. She have the right to say what ever she want. Believe that the truth will appear one day...
ReplyDeletefifie - hehe its ok..free country..ahaks..jangan jadi isu sudah
ReplyDeletesaya taktau apa-apa.
ReplyDeleteAnonymous - uih..kes dah lama berjalan dah..
ReplyDeletemmg la dadah tu dpa jumpak dan angarkan jumlah banyak tu.tp u all kena paham harga dan jumlah dadah tu hanya dipasaran..selepas dadah tu di hantar ke makmal kimia kuantiti dadah tu akan berkurangan.bermaksud dadah tu bkn kaw pnya dadah.banyak bahan campuran.itu taktik penjual dadah dunia sekarang.sebab tu seksyen 39b tak diguna pakai dan dipecahkan ke sek 12(2)...plzz kaji betul2 tentang akta dadah berbahaya 1952.nak belajar akta ni kena amik masa 3 4 taun untk betul2 mahir dan paham
ReplyDeleteAnon - dadah yang dilaporkan tuh rasanya bukan dadah kut..kalau betul dadah confirm benjy dah kena hukuman gantung
ReplyDelete