06 July 2010

WIFE CARRYING CHAMPIONSHIPS | PERTANDINGAN MEMIKUL ISTERI?


Sayang anak ditimang-timangkan, saya isteri dipikul-pikulkan..hehe. Jangan tak tahu sekadar ingin berkongsi dengan semua mengenai pertandingan memikul isteri. Macam-macam cerita dalam dunia ni. Terkini pertandingan berlari sambil memikul isteri sejauh 253 meter telah berlangsung di sebuah perkampungan Sonkajarvi di Kota Helsinki.

JUARA LARIAN MEMIKUL ISTERI

Sanggupkah anda menempuh halangan sambil berlari memikul isteri tersayang?(Yelah..masa bercinta lautan apiku renangi jangankan berlari sambil memikul isteri..hehe). Juara bagi larian ini dimenangi oleh peserta dari FINLAND iaitu TAISTO MIETTINEN dan isteri beliau KRISTIINA HAAPANEN.

MACAM-MACAM GAYA

BERSUNGGUH-SUNGGUH BERUSAHA

GAYA MACAM NI PUN BOLEH..ADEYYY

ISTERI KECIK SUAMI MAK AIII..BESAUNYERR..

Seramai 55 orang pasangan telah mengambil bahagian dari 15 buah negara yang mengambil bahagian. Pertandingan ini adalah yang kali ke-15 dianjurkan. Sejarah pertandingan ini mengikut cerita bermula dari kisah Ronkainen si perompak dan rakan-rakan beliau yang mana mereka ini tinggal didalam hutan dan suka mencuri dan menculik dengan memikul gadis dari kampung. Dari situ asal usul bagaimana pertandingan pikul memikul ini bermula. Adeyyy..macam-macam.

2 comments:

  1. hahaahaha...dulu boleh la kalau nak dukung, sekarang ni, mau patah pinggang kalau nak dukung wife aku...hahahaha...(habis aku kalau wife aku baca)..;)

    ReplyDelete
  2. Hahaha..ni balik karang pikul-pikullah orang rumah tuh..ahaks..ahaks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails