Tajuk agak mengelirukan,kena selitkan nak test SEO kalu jadi nanti saya bagitahu...hehehe. Sebenarnya apa yang saya ingin ceritakan pada kali ini adalah mengenai pertandingan yang bakal saya hadapi kurang dari 2 minggu dari sekarang. Latihan secara intensif telah bermula namun bukan kemenangan yang diharapkan. Sekadar turut serta kerana sekira inginkan kemenangan latihan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum pertandingan.
Dah lebih setahun baru sekarang dikeluarkan senjata kesayangan saya. DART set yang saya miliki berjenama TON MACHINE yang kandungannya terdiri daripada 80% tungsten. Berat dalam 23grams. Untuk flight atau bahagian ekor dart dahulu saya menggunakan jenama harrows namun sekarang cap ayam pun ok sebab saya bukannya seorang pemain profesional.
Selepas ini maka bermulalah latihan bertubi-tubi kerana pertandingan akan bermula dalam tempoh 11 hari lagi. Biasalah latihan "Last Minute". Tahun ini kali pertama dalam sejarah 2 pertandingan berasingan akan disertai hari sabtu dan ahad kena hadir. Abislahhh...
Entri sekadar melepaskan keresahan kerana pertandingan dah hampir tiba,baling dart tak betul lagi. Adeyy kes berat. Tangan masih tak stabil,bila pertandingan mahu menggigil. Lawan pun bukan calang-calang,setakat nak dapat mata 100 untuk 3 balingan itu permainan mereka. Mampuihh..hadooiii..Nanti saya updatekan perkembangan pertandingan,itupu sekiranya team saya bukan berada dikedudukan terakhir..ahaks..
Visiting here..nice n3..Visit mine if u free friend.. Bloody Day!
ReplyDelete