To blog or not to blog? Persoalan yang kerap bermain dikepala aku. Kadang-kadang terasa malas sangat nak update blog disebabkan ketandusan idea namun bila difikirkan balik idea kita yang cipta. Kita yang merangka jalan cerita. Nak review cerita artis rasa-rasanya semua orang bercerita mengenainya hari-hari. Nak copy paste artikel lagilah tak boleh. Jadi mana satu yang nak dimula.
Pernah tak korang rasa bila sindrom malas nak update blog tiba-tiba melanda korang. Aku taknaklah HIPOKRIT, terus terang kemalasan meng"update" blog terasa kini. Tengah bertungkus lumus memerah otak mencari idea apa yang boleh aku buat. Mungkin NUFFNANG boleh bagi aku BUFFERED EARNING sebagai TONIK untuk aku bersemangat untuk berblogging..ahaks..ahaks.
Namun bak kata sesetengah orang "MONEY IS NOT EVERYTHING" bila berblogging begitu jua dengan aku. Aku berblog kerana minat. Aku rasa aku boleh buat yang terbaik untuk blog aku ini. Namun itu cuma kata-kata realitinya perjalanan aku masih jauh. Banyak perkara yang perlu aku pelajari.
Ada sesiapa yang pernah mengalami Sindrom ini? Bagaimana korang menanganinya? Adakah korang berhenti menulis atau sebaliknya. Mungkin anda boleh berkongsi disini untuk dijadikan panduan buat blogger seperti saya yang baru menapak diarena blogging. SHARING IS CARING.

betul tu kekadang rasa tak ada idea aja tapi memang seronok apa tulis blog kan
ReplyDeleteBetullah bro..bila tak menulis rasa ada kekurangan dalam satu hari..
ReplyDeletesalam kenal,
ReplyDeleteakak pun pernah mengalami sindrom yg sama..so bila dtg ilang arah tujuan dan daya fikiran akak stop menulis buat seketika..tak pun akak tukar template blog..so mcm ada sesuatu semangat baru nk mengadap blog semula..;-)
Selalu je bro..Hak3...take a break bro..tenangkan minda..lepas tu kembali dengan lebih berseri-seri...hik3 lagi..
ReplyDeleteI penah ada rasa masa nak tulis, lagi2 bila orang tak komen, ke ape ke, macam tak de peminat je blog, and think back, bila jumpa kawan2 dia kata dia suka baca, ketawa2, so tukar niat tulis untuk kawan, bukan untuk glamour bukan untuk nuffnang, so it'll be the cure.
ReplyDeleteteruskn niat bro.. rest buat seketika..
ReplyDeleteeyriqazz - Thanks bro atas nasihat..
ReplyDeletediraja22 - terima kasih bro..hang memang superb
bro, jgn push klau idea xdtg. kene rilek n amek mase dlu ksi freshhhh.. hehe
ReplyDeletebiler kita terlalu kejar en3, kita akn rs penat.. biler kita pnt, kdg2 sume hilang..
biase batman klau xde idea, ak x duk depan laptop. kuar jenjalan2 n wt bende yg xde kaitan ngn tenet.. hehe. tp xlame laa sbb biler rndu blog, idea 2 akn dtg..
e_ja - Salam kenal gak, Terima kasih atas TIPS yang diberi..saya akan cuba.
ReplyDeleteSuhaida - Bukan glamer yang dicari,Ilmu dan kawan dikehendaki..tak komen bagi pandangan pun ok
darkbatman - Tuhlah pasal bro..ingat pasni nak tenangkan diri gua nak buat 6 + 1 big pack..wakakaka