Entri kali ini lebih kepada minat atau hobi saya iaitu berkenaan Cermin Mata RAYBAN. Jangan salah sangka memang banyak RAYBAN di pasaran namun RAYBAN yang menjadi pilihan adalah RAYBAN yang MADE IN U.S.A bukan yang diperbuat dari ITALY. Disini saya ingin kongsi bersama-sama bagaimana ingin memastikan ketulenan RAYBAN terutama yang asalnya dari USA.
Cop B&L dikiri dan kanan.Perhatikan tulisan betul-betul kerana COP yang asli tulisannya memang cantik tiada cacat cela.
Sekarang rata-rata Cermin atau Lens RAYBAN yang original dari ITALY mempunyai COP RB dibahagian KIRI lens. Ini bermaksud Produk RAYBAN tersebut adalah buatan ITALY. Apa yang membezakan RB & BL adalah mutu buatan untuk BL lagi bagus. Terdapat pelbagai jenis COP B&L. Ada yang jenis LARIK iaitu tulisan BL seperti diperbuat dengan tangan dan tulisan juga seperti kedalam Lens. Yang embosed pula adalah tulisan atau COP mengunakan teknik Embosing melalui komputer.
Pastikan tulisan ini terdapat pada atas frame dibahagian antara hidung dan kening. Juga perhatikan tulisan sama ada cantik atau tidak.Kalau yang bukan asli tulisan agak bercelaru.
Anda perlu berhati-hati bila memilih kacamata jenama RAYBAN di pasaran sekarang terutama yang lens tertulis B&L kerana ketulenan RAYBAN grade A sudah mencapai tahap 75% hingga 80% sama dengan yang asli. Saya sendiri hampir tertipu namun setelah diteliti rupa-rupanya memang sah bukan asli. Yang sedihnya barangan yang bukan asli ini dijual pada harga cermin mata asli iaitu sekitar RM600 ke RM900.
Tulisan B&L RAY BAN 62[]14 dibahagian bawah tulisan B&L RAYBAN USA . Pastikan tulisan cantik dan jelas kelihatan.
Bagi saya nilai kacamata RAYBAN B&L yang asli akan terus meningkat kerana RAYBAN B&L USA sekarang sudah tiada dipasaran kerana Syarikat RAYBAN dari USA dulu sekarang sudah dimiliki oleh Syarikat Luxoticca dari ITALY.
Nose Pad. Pastikan tulisan B&L terdapat pada Nose Pad. Kadang-kadang yang tiruan juga memiliki tulisan ini tetapi tulisan boleh kita tentukan asli atau tidak sekira diteliti dengan betul.
Maka secara automatiknya RAYBAN USA dikategorikan sebagai AUTHENTIC ITEM dan ada juga jenis RAYBAN yang menjadi "RARE ITEM" disebabkan kesukaran untuk mendapatkannya. Saya ada memiliki RAYBAN OLYMPIC 1994/96 ATLANTA yang saya beli sekitar tahun 90an dengan harga RM250 dan harga tertinggi yang pernah saya lihat untuk dijual adalah RM1,400.
Temple iaitu bahagian untuk dicangkuk ditelinga. Kekadang terdapat nombor series dan sudah pasti ini adalah yang asli. Namun terdapat juga yang tiada nombor series kerana mungkin keluaran awal 90an.
Namun RAYBAN yang asli ini juga dipengaruhi secara tidak langsung dengan keadaan ekonomi juga. Sekira ekonomi booming,harga mencanak-canak dan bila ekonomi merudum harga masih diparas yang boleh saya katakan stabil. Jadi sesiapa yang ada RAYBAN yang lama-lama tu,mungkin anda boleh simpan jadi harta sebab semakin lama semakin bernilai..





thanks for da info
ReplyDeleteyang di gambar tu rayban jenis apakah??
ReplyDeleteAjiroh - Your Welcome..Sharing is Caring
ReplyDeleteAnon - Rayban 50 @ The General BLACK Frame
saya nak tanya sekarang kat mana lagi leh jumpa rayban made in USA eh?
ReplyDeletenak cari tapi susah nak jumpa..
thanks...
Anonymous - Kat Sesetengah kedai masih lagi menjual Rayban USA ni tapi kena berhati-hati kerana saya pernah terjumpa kedai yang menjual RAYBAN USA tapi Ciplak Grade A China punya. Siap kena basuh tokey kedai oleh saya. Yelah dah jual harga Original dalm RM600 padahal tak sampai RM20 pun harga spek tersebut. Kalau berminat anda boleh cuba tengok kat raybanworld.blogspot.com cari saudara acan
ReplyDeleteoh yeke...thanks alot! :D
ReplyDeletejai..saya ada rayban made in usa..jenis lma gak la..cmna nk tnjuk kt ko,nk kepastian samada ori or x..
Deleteemail jer kat aku kat armli03@gmail.com nanti aku tengokkan. pastikan gambo clear
DeleteSy ade ray-ban yg memiliki kriteria yg original seperti yg di nyata kn,tetapi sy xtau ape name nye mmg rare la kot ,sebab sy search di internet mmg sy xjumpe jenis yg ini dan shape nye
ReplyDeletebole contact sy 0132923685