Saya terlepas 1 hari untuk buat posting dengan sengaja. Kenapa? Busyy..sana sini. Bermula hari Jumaat sehinggalah hari Ahad,jadual padat dan penuh dengan aktiviti. Jadi disini saya ingin berkongsi apa aktiviti yang membuatkan saya sibuk 2 ke 3 hari ini. Saya mulakan dengan entri pasal makan dulu ye. Makan kat THE ROYALE CHULAN sempena menyambut Ulang Tahun ke 50 tahun Syarikat tempat saya bekerja.
MUHIBBAH MENU
Sesi yang dinanti-nantikan iaitu sesi mengisi perut. Makanan dihidangkan berkonsepkan MUHIBBAH kerana Syarikat tempat saya bekerja mempunyai pekerja berbilang kaum. Jadi untuk "DINNER" malam itu konsep MUHIBBAH diperkenalkan.
BRAISED "SZEHUAN" SOUP WITH THREE TREASURES
Antara favourite saya sebelum sesi makan sepenuhnya iaitu dimulai dengan sup yang berisikan Ketam. Tak cukup bagi saya sorang..hehe..hidangan "DINNER" pada kali ini lebih merupakan hidangan berkonsep 1 Malaysia.
BRAISED CAULIFFLOWER WITH CRISP GARLIC AND SALTED FISH
Secukup rasa tak masin tak tawar. Sayur Kobis bunga dalam Bahasa Malaysia dimasak dengan bawang putih dan Ikan masin. Aroma bawang putih terasa bila dimakan. Namun rasa ikan masin tak terserlah.
ROASTED CHICKEN "PERCIK" WITH ALMOND
Masakan Ayam Percik. Hampir rasa macam kurma namun masih boleh diterima. Isi Ayam Cukup lembut dan terasa rempah ratus (cukup diperap kut..).
HIRISAN DAGING PANGGANG BEREMPAH MASAK HITAM
Daging rendang tapi berwarna Hitam. Seakan-akan Rendang TOK. Daging cukup lembut dan rempah ratus secukup rasa. Antara hidangan yang saya suka pada malam itu.
DEEP FRIED FISH FILLET WITH TAMARIND CHILI SAUCE
Sebenarnya bila "DINNER" saya jarang makan Ikan,kerana saya memilih ikan bila hendak makan. Namun kali ini saya ingin mencuba. Kalau tak silap jenis ikan yang dimasak ini spesis ikan kurau. Rempah tumis cukup harum. Sedap dan boleh saya terima.
BUTTER PRAWN WITH OATMEAL
Selalunya UDANG butter adalah favourite saya,namun kali ini saya rasa agak kecewa kerana butter yang menjadi nadi kepada masakan ini kurang terserlah. Namun masih boleh diterima lagi.
MUHIBBAH MENU
Dengan dihidang mengunakan STEAMED THAI WHITE FRAGRANT RICE segala yang dirasai cukup sedap. Namun tak keseluruhan masakan mencapai ke tahap citarasa saya ke maksimum.
MANGGO PUDING
Dessert untuk penutup siri makan-makan. Rasa seperti biasa namun saya suka "PRESENTATION" untuk hidangan ini. Simple tapi menarik. Dari segi rasa biasa sahaja.
Inilah antara penyebab sejak 2 ke 3 hari saya tak update blog. Balik dari dinner sampai ke rumah dekat pukul 2.00 pagi. Esok pulak ada acara sukan antara Syarikat seawal 8.00 pagi kena berada di KL. Akan saya update nanti apa yang ada pada Malam "DINNER" Syarikat saya pada 16.07.2010 nanti. Pernah tengok Penyanyi Alyah tak pakai make up tak? Itu bakal saya update kemudian.

menyelerakan sungguh puding mangga tue...
ReplyDeleteaku pernah makan buffet dinner kt sini
ReplyDeletexrudi sibuk banyak upah..
ReplyDeletewah.. high-class food! =)
ReplyDeleteNashays - Puding saya suka presentation dia nampak cantik..rasa biasa jer
ReplyDeleteMatjoe - Next time amik gambo bro buleh buat entri..hehe
diraja22 - Mana banyak upahnyerr..sibuk pasal banyak perkara kena settle
Ken - Prefer the chinese dishes