"SAY NO TO KRISDAYANTI" nampaknya semakin popular. Hebat sungguh penangan GROUP yang dicipta. ANANG bekas suami KRISDAYANTI memberitahu beliau tidak mahu memberi komen dan mencampuri urusan bekas isteri beliau yang sedang hangat bercinta dan beliau memberitahu, beliau lebih utamakan anak-anak beliau.
Ada juga kebenaran kata-kata ANANG itu. Memang beliau sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan KD dan eloklah beliau menumpukan perhatian terhadap anak-anak beliau. Bagi saya hanya Tuhan sahaja tahu betapa malunya bekas suami KD ini,walaupun sudah berpisah. Sikit sebanyak pasti beliau terasa kerana KD masih IBU kepada anak-anak beliau.
Group "SAY NO TO KRISDAYANTI" semakin rancak dengan kemasukan ahli bertambah setiap saat. Namun apa yang saya harapkan janganlah ada unsur yang melampau yang boleh menjerat diri sendiri. Biar apa sekali pun keputusannya. Yang pasti sokongan mengutuk tindakan KD cukup hebat.Diharap ini sebagai pengajaran kepada KD.

0 comments:
Post a Comment