Baru sangat kes kejadian pelawak SAIFUL APEK ditangkap kerana positif dadah jenis ganja dan hari ini timbul pula berita mengatakan seorang pelawak dan juga artis yang seangkatan dengan SAIFUL APEK iaitu YASSIN 32 telah ditahan disebuah pusat hiburan di Sunway Pyramid pada awal pagi tadi iaitu sekitar 1.00 pagi. Beliau didapati positif dadah jenis ganja. Selain daripada YASSIN dua orang lagi iaitu pengurus beliau dan peniaga yang bersama dengan beliau pula dikesan mengambil ketamin.
Kesemua mereka ditahan dan dibawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Seorang demi artis ditahan dengan pemasalahan dadah. Mungkin ramai lagi menghadapi masalah yang sama namun,masing-masing pandai menyembunyikan kegiatan yang tidak bermoral ini. "Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh jua ke tanah". Mungkin mereka sudah lupa dengan pepatah ini. Mungkin satu hari nanti mereka akan alpa dengan masalah yang mereka cipta.
Nampaknya sesuatu perlu dilakukan oleh pihak-pihak yang berkaitan demi menjaga nama dan juga industri seni negara kita. Mereka mudah lupa bahawa mereka merupakan ikon yang cukup popular dan dikenali diluar negara juga. Ini akan memberi impak yang negatif terhadap artis-artis yang tidak terlibat. Bukan senang untuk mencipta nama namun begitu mudah untuk mencemarkan nama. Apa dah jadi dunia artis sekarang. Tindakan segera perlu diambil sebelum perkara lebih buruk terjadi..

info tentang dadah di SIHAT SELALU - Faktor Penyalahgunaan dan Ketagihan Dadah
ReplyDeleteartis mcm ni tak yah la offer berlakon lagi.....
ReplyDeleteSepatutnya jd ikon yang baik,,, rupa2 nyer alahai....
diaorang ni takkan insaf nyer...... pulaukan je mereka ini....