Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas ketidak hadiran saya ke majlis yang amat saya nanti-nantikan kepada EYRIQAZZ ,ROBB dan XIXIAN. Namun saya kena pasrah kerana tidak dapat menghadirinya. Bukan sengaja saya tidak datang tetapi kereta meragam (mungkin si SOTONG punya penangan..hehe).
Cukup cemburu dan amat rugi kerana tidak hadir. Banyak persoalan saya ingin tanya terutama kepada BRO EYRIQAZZ dan ROBB. Kepada blogger-blogger yang hadir juga saya pohon maaf kerana tidak dapat bersua dengan kalian. Mungkinkah ada peluang kali ke dua?
INILAH PUNCANYA - KOMPRESSOR JAMMED
Puncanya bahagian kompressor tetiba jammed. Memang dari hari Isnin hari tuh terasa sesuatu bakal berlaku namun tak sangka awal sangat (Plan hari sabtu ingat nak buat..). Semalaman jugaklah nak membetulkan kompressor ni supaya saya dapat balik..adeyy..
Hari sabtu sehari selepas peristiwa tidak dapat hadir ke majlis SHARRING SESSION bersama BRO EYRIQAZZ saya telah pergi untuk membetulkan keadaan kenderaan saya dan tempat yang dituju kedai servis air-cond SUPER AUTO ACCESSORIES kat pekan kapar.
Saya sampai agak awal,Towkey belum masuk kedai lagi kerana beliau pegi minum pagi dulu. Oh ya..saya pernah jumpa towkey kedai sebelum ni,nama beliau MR.LEE. Cukup peramah dan boleh dipercayai. Sebelum sesi mengodek kereta terpandang kereta BEETLE ni. Cukup menarik perhatian saya dan kereta ini milik MR. LEE rupanya...
OPERASI BERMULA..
Proses memeriksa kenderaan bermula dengan bahagian kompressor dibuka untuk memastikan apa punca sebenar. Dah tahu dah apa yang terjadi seperti yang dijangka. BEARING kompressor pecah menyebabkan belting untuk memutar air-cond tak berfungsi dan juga menyebabkan kenderaan tidak boleh dihidupkan.
OPERASI MENGELUARKAN GAS AIR-COND
Saki baki air-cond dikeluarkan terlebih dahulu sebelum penukaran Kompressor baru. Saya tiada pilihan melainkan menukar kepada komponen yang baru. Ikutkan BEARING boleh ditukar sekiranya kerosakan masih dalam kawalan ( kes saya memang dah luar kawalan....)
MESIN "RECYCLE" UNTUK AIR_COND
Proses seterusnya setelah kompressor baru diganti dan telah dimasukkan dengan gas air-cond sejenis alat atau mesin yang menurut Mr.LEE untuk "RECYCLE" dimana fungsi mesin ini untuk menarik segala kotoran yang terdapat didalam air-cond yang mungkin tersumbat.
MISI OPERASI BERAKHIR..
Masa diperlukan untuk proses ini hanyalah dalam sejam lebih sahaja dan saya cukup berpuashati kerana segalanya berjalan lancar. Terima kasih atas layan 5 bintang dari pemilik kedai iaitu MR.LEE yang sudi melayan saya dengan perlbagai soalan ditujukan..hehe..dah macam reporter pulak..
PENANGAN DARI KEJADIAN..ADEYYY
Memang saya dalam kerugian dalam tempoh dua hari minggu lepas iaitu pertama terlepas majlis SHARRING SESSION dan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar bagi saya untuk membetulkan kenderaan. Namun saya terpaksa terima hakikat setiap kejadian mungkin ada hikmahnya.
MUKA BLOGGER YANG MANTAP..hehe..- KREDIT GAMBAR MOHD ZAID
Untuk mengakhiri entri ini sekali lagi saya mohon maaf kepada sahabat blogger saya EYRIQAZZ dan juga NUFFNANG kerana tidak dapat menghadiri majlis pada hari itu. Sekiranya ada lagi majlis seumpama ini dan kereta buat hal,akan saya sorong kereta saya masuk gaung,,geram punya pasal...
Kepada semua,satu yang pasti sekiranya NUFFNANG anjurkan sesuatu majlis jangan lupa untuk turut serta kerana hanya yang terbaik yang akan diberikan kepada anda dari mereka. Sebab itu sehingga sekarang kesetiaan saya terhadap NUFFNANG masih kekal. THANKS NUFFNANG.




hik3...tuhla bro..siapa suruh tak bagi sotong makan..kan dia dah merajuk..betulke kete ko tu?lain je aku tgk...
ReplyDeleteCehh..hehe..tengoklah nombol kereta tuhh wehh..kat malaysia cuma aku sorang jer pakai..ahaks..ahaks..
ReplyDeleteNasib kureng baek bro..seb baik dah repair blk. Next event leh ketemui lagi..yeah..
ReplyDeleteItulah pasal bro...mmm..lepas nie tunggu turn KAK INA KL atau si ZAID kut..hehehe..nak pegi gak tak kira
ReplyDeletesalam bro....gua salah sorang yang join session ni...newbie rugi tak dpt jumpa lu bro...atleast bole share tips hehe....anyway see you another round if got another chance to attend this sharing session from nuff......nuffnang rocks...
ReplyDeletepatutlah x nampak muke, ingatkan pegi.
ReplyDeleteSalam dikembali bro..alah bro ramai blogger-blogger hebat yang datang tu lagi power dari saya mcm JMR,MatJoe,Zaid,Kak Ina dan ramai lagi..Mungkin satu hari kita akan ketemu..hehe..yess Nuffnang ROCKssss
ReplyDeletesalam Jai..suratan atau kebetulan..dah tak ada rezeki kamu..insyallah nanti dapat lagi undangan dari guest blogger yang lain.
ReplyDeletetq bagi tau..camner ashik sebut german...sebab penyokong tegar german kot..berangan ajer german menang..dah edit dah..
Salam dikembalikan kak ina itulah..terima jelah..tunggu NUFFNANG buat SHARING SESSION dengan sorang blogger mantap ni dan tak lain tak bukan KAK INA KL..hehe...saya pun silap gak hari tuh GERMANY LAWAN PARAGUAY..adeyyy
ReplyDeletesalam, sedara jejai....
ReplyDeleteader hikmah keter tuh wat hal..apekah hikmahnyer?? Allah ajer yg tau.... maybe Jai bole wat sharing session senirik?? waaa.... hebat juger tuh,,thehehehehhe.....
akuzle ada kebenaranya..mana nak carikkk..hehe..kita blogger kecil-kecilan jerr daa..pengalaman agak cetek tapi sedia berkongsi sekira ditanya..hehe..
ReplyDeletedr blog erriqazz...
ReplyDeletedatang bace tips..!!
nice share..
macam mane ek terpilih dapat pergi sesi ni??