20 July 2010

NORMAN DAN MEMEY BAKAL KAHWIN? | PASANGAN ROMANTIS | SAPA SUKA ANGKAT JARI

Dah lama saya tak update pasangan Duda dan Dara ni. Cuma dulu sekadar memerhati gelagat pasangan ini. Terdetik hati nak buat entri pasal kedua pasangan ini yang agak berbelit-belit jalan ceritanya. Dulu sibuk abang NORMAN HAKIM berkata "Perhubungan kami datang Ikhlas dari hati" dan "Hubungan kami adalah suci". Terasa kehangatan percintaan diaorang ni sampai tertusuk-tusuk ditulang sum-sum saya..hehe..


Tetiba keluar pulok cerita kat Harian Metro "SMS Memey kejutkan Abby" yang sememangnya SMS tersebut datang dari Memey yang mengharapkan agar NORMAN dan ABBY berbaik semula "DUSHHH" Benjol kejap dahi NORMAN HAKIM. Apa sudah jadi braderrr..

Rupa-rupanya semuanya hanyalah gosip semata-mata. Yang sebenarnya hubungan Memey dan Norman baik-baik belaka dan yang terkini diaorang nak kahwin dah 24hb Julai ni. Uihhh..copeknyer. Akhirnya kedua pasangan ini terpaksa akur dek keadaan amat cemburu dengan mereka. Disebabkan jadual kerja masing-masing padat maka tarikh tak berapa keramat iaitu 24hb Julai terpaksa dilupakan.

Apa yang kedengaran mereka akan melangsungkan pernikahan kemungkinan selepas Hari Raya Puasa nanti. Nak review banyak-banyak cerita pasangan ini saya takut ada yang geli ketiak nanti..hehe..namun sudah ditakdirkan Si DUDA bertemu SI DARA nak buat macam mana..Harap berbahagialah hendaknya...

5 comments:

  1. angkat jari je.. patut xterangkat..

    ReplyDelete
  2. HAHAHA..takut ada yang angkat kaki karang..

    ReplyDelete
  3. tak sukaaaaaaaaaaaa....
    nyampah!!!!

    ReplyDelete
  4. angkat jari?angkat kening boleh tak bro?romantis ke diorang tu?hurmmm..entah la....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails