11 July 2010

MALAYSIAN CHOPPER | KARNIVAL BESTARI | MACAM MOTOR KAT AMERICAN CHOPPER


Bila lihat balik gambar ni,teringat balik satu segmen kat dalam TV iaitu AMERICAN CHOPPER. Rupa-rupanya kat MALAYSIA KAPAR KLANG pun ada..hehe..Sebenarnya gambar diambik semasa pertandingan motosikal kat sekolah anak saya yang menganjurkan KARNIVAL BESTARI. Menarik juga cuma sayang terlampau banyak gerai makanan dibukak..


Pemilik Motosikal ini tidak dapat dikesan(Mungkin pemalu agaknya). Banyak pertanyaan ingin diajukan kepada pemilik motosikal ini,namun hampa kerana pemilik motosikal tidak dapat dikesan. Apa yang boleh saya katakan adalah "SUPERB INVENTION".


Saya tidak pasti sama ada binaan jentera ini hasil dari tangan anak MALAYSIA atau sebaliknya. Sekiranya memang hasil sentuhan anak MALAYSIA saya cukup kagum. Idea yang begitu kreatif.


Nak terangkan memang saya kurang arif,namun saya amat meminat jentera-jentera sebegini. Ini adalah satu antara cabang seni kalau ikutkan pendapat saya.


Hasil kerja seni yang cukup sempurna bagi saya. Rekabentuk yang cukup unik, nampak garang diatas jalan. Kalaulah saya yang naik mesti orang pandang semacam jer..(yelah muka dahlah macam bonzerrr..ahaks..)


Bahagian yang saya paling suka..ENGINE. Motosikal ini diberi kuasa HARLEY DAVISON. Bentuk engine,air cooler(rasa-rasanyalah..) berlambangkan logo NAZI (mungkin agak keterlaluan...) cukup menarik sekali. Apa yang boleh saya katakan ciptaan begitu mengagumkan.


EKZOS yang cukup unik disaluti BESI ( saya kurang pasti tapi  rupa macam disaluti besi..) Pasti bunyi berpuluh batu boleh kedengaran.


Lihat sahaja bahagian belakang cukup teruja. Rantai besi di ganti dengan rantai getah @ BELTING. Pasti kekuatan rantai getah ini mempunyai ketahanan yang cukup tinggi untuk memutar tayar yang besar.


Satu lagi bahagian yang cukup unik. Tempat letak kaki dialas dengan besi rantai dan berbucu tajam dihujung menyerlahkan kegarangan motosikal ini.


Tayar besar meyerlahkan kuasa motosikal ini. Harga kalau tak silap saya mencecah ribuan ringgit. Entah berapalah modal pemilik motosikal ini perabihkan duit untuk motosikal sebegini.


Bahagian penutup. Cukup memuaskan hati saya walaupun bukan milik saya. Sentuhan airbrush pada motosikal ini cukup menarik. Kesempurnaan yang mutlak dapat saya rasakan sekira saya memiliki motosikal sebegini. Mungkin lepas nie nak kumpul duit dari NUFFNANG untuk beli motosikal sebegini..rasa-rasa boleh dapat tak? Masih hampa BUFFERED EARNING tak timbul-timbul..

2 comments:

  1. Memang gempak bro..gua nengok teruja..cantik habis..nanti nak buat pasal honda cup lak..pun sama cantik

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails