27 July 2010

LG COOKIES PARTY | FOOD & CAMERAMAN | MACAM-MACAM

Apalah aku nak tulis tentang LG COOKIE PARTY tempoh hari? Selepas aku godek-godek gambar yang terdapat dalam simpanan aku maka "TING" aku dapat idea (siap ada sound effect lagi..ahaks). Aku nak citer sikit pasal makanan yang sedap belaka pada malam tu dan juga nak kongsi gambar kameraman yang bertungkus lumus pada malam tu.


AIK??? Mana gambar makanan? Hehehe..Kesemua makanan sedap-sedap belaka. Kenapa aku cuma ambik gambar nama makanan yang dihidangkan? Panjang ceritanya. Nak cerita yang betul atau yang tak betul? Ok baik aku cerita yang tak betul dulu. Puncanya korang boleh tengok gambar bawah. Bro EYRIQAZZ  dan CHEARMSTER dah bedal semua makanan dalam diam-diam. 

AKSI BRO EYRIQAZZ BUAT MELELEH AIR LIUR

Korang tengoklah EYRIQAZZ makan penuh dengan sopan santun dan tatasusila sekali..ahaks..ahaks. Cuba korang tengok CHEARMSTER kat bawah pulak..3 ke 4 pinggan beliau bedal...wakaka. Gambar sekadar hiasan untuk entri kali nie.. Terima kasih kat emak ikan kaloi si SUMIJELLY atas gambar anak ikan kaloi beliau..ahaks..ahaks..

GAMBAR KREDIT SUMIJELLY - CHEARMSTER

Ini pulak cerita yang sebenar-benarnya. Aku tak sempat nak ambik gambar makanan sepenuhnya kerana sibuk pegi ambik gambar masa KENNYSIA buat game kat atas Stage. Diaorang bukan nak bagitahu aku..tengok-tengok semua tengah khusyuk mengadap makanan..adeyyy..Namun sempat juga mengambil sedikit makanan sampingan..

TAK PASTI APA NAMA MAKANAN NI,TAPI SEDAP

PIZZA "LEMPENG" NIPISNYERR

POTATO SALAD

CHOCOLATE BROWNIES "SODAPPPP"

FRESH FRUIT

Begitulah cerita menu makanan pada malam tu. Secara keseluruhan aku paling suka SPAGHETTI GARLIC CHILLY. Sedap dan honestly aku sebenarnya tak berapa suka SPAGHETTI tapi SPAGHETTI malam tu  terasa sungguh sedap dan membuat aku tambah sampai 2 pinggan ..haha..


Korang lihatlah aksi jurugambar yang mengambil  gambar muka kitaorang yang boleh dikategorikan hensem jugak pada malam tu. Macam bintang filem pulak rasanya. Kalau si BOB tak salah tarikh hari tu mesti HAVOC punyer..Oklah itu sahaja entri aku kali ni..nanti aku cari modal cerita lagi..adios

10 comments:

  1. salam singgah.
    makan baca doa tak tu? hehehe

    ReplyDelete
  2. Siap doa makan sekali..hehehe

    ReplyDelete
  3. tu dia... jurufoto amatur..
    ada gakmuka aku kek situ..hak3..
    budge mcm kamera aku..padahal kamera Day deck...hahaha


    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  4. Hahaha..ko memang bergaya sakan dengan Kamera daydeck kesian aku nengok daydeck tak melawan si daydeck..ahaks..ahaks

    ReplyDelete
  5. syiema - hehehe..memang patut lapar pun tengok gambar ni

    ReplyDelete
  6. aku suka tgk situasi photogrpher shoot model2 gini..

    ReplyDelete
  7. Bro gua setuju..memang kalau tak kerana model yang pandai berposing mau diaorang nak amik..nak nak lagi model yang dimaksudkan Gua dan Eyriqazz..ahaks..mcm bintang filem..wakaka

    ReplyDelete
  8. Mamaliaaaaa~ eh silap! mamamiyaa! ahahah~
    mmg sodap2 belako lah makanan nyo.. pakcik sukoo.. =D

    ReplyDelete
  9. memang sedap makanan kat situ kan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails