Pagi-pagi turun kerja seperti biasa aku akan mendengar radio HOTFM yang dikecohkan oleh si FARA FAUZANA dan FAIZAL ISMAIL. Terdengar kisah yang membuat bulu roma ku meremang seketika. Kisah dua beradik perempuan yang berada didalam kereta dilarikan oleh 3 lelaki dan ditemui satu jam setengah kemudian dan ditinggalkan ditepi jalan yang gelap.
Bukan apa bila aku kenangkan balik, macam mana kedua ibubapa kanak-kanak tersebut boleh tinggalkan anak mereka untuk seketika pada hal waktu yang seketika itulah macam-macam kejadian boleh berlaku. Mungkin kelalaian seketika maka terjadinya peristiwa ini. Aku sentiasa mengingatkan diri aku walau untuk seketika,bila keluar kereta untuk kekedai runcit pastikan kereta berkunci.
Bila aku fikirkan balik risiko amatlah tinggi,kerana apa-apa pun boleh terjadi walaupun kereta dikunci. Sebagai pengajaran buat aku dan selepas ini aku akan pastikan tiada sesiapa pun akan berada dalam kereta walaupun aku hanya keluar untuk seketika.
Nasib baik tidak ada apa-apa yang buruk terjadi kepada kedua-dua kanak tersebut. Seram,risau,marah dan macam-macam lagi perasaan bercampur baur bila mendengar kisah mereka pagi tadi. Yelah aku sebagai seorang bapa kepada 4 orang anak sudah tentu risau bila ada perkara sebegini berlaku.
Buat anda semua diluar sana dan juga kepada aku sendiri,beringatlah "HANYA UNTUK SEKETIKA,HILANG SELAMANYA"...itulah yang bermain-main didalam fikiran aku sekarang. Risau sangat sebab benda ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk aku.
btol tu..prevention is better than cure...dgr tu bapak2 ibu2..
ReplyDeletea'kum jai..off topic jap..u dah baca i punya blog dah? if u dah baca...can u help me to pass the news around...and if saper2 nk pegi just let me know..i akan dapatkan free ticket untuk semua
ReplyDeleteJMR - Betul..jangan tunggu benda dah lepas baru nak buat yang betul
ReplyDeletemyLifeInLists - Confirm ticket free kerrr..kang cuba tanya member2