Perkembangan mengenai cerita hangat ARIEL PETERPAN @ NAZRIL ILHAM dengan VIDEO yang menjadi kontroversi telah membuat PRESIDEN INDONESIA iaitu Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) berasa sedih dan malu dengan merebaknya VIDEO artis ini ke serata tempat sehingga meminta agar majlis Ulama Indonesia mengambil perhatian serius tentang masalah ini.( Kredit detikcom )
Rasa-rasanya bila sesuatu perkara yang menjadi isu lebih-lebih lagi perkara terrsebut telah dilakukan oleh rakyat sendiri dan dikenali oleh masyarakat antarabangsa sudah tentu Pemimpin sesebuah Negara akan terlibat secara tidak langsung. Sememangnya perkara ini sikit sebanyak akan menjejaskan reputasi Pemimpin tersebut.
Pasti ada suara sumbang yang akan mengata. Namun punca sebenarnya bermula dari si pengedar VIDEO ini yang motifnya sampai sekarang masih belum terjawab. Bagi saya ini merupakan satu tragedi yang akan dikenangkan oleh orang sampai bila-bila dan akan diperkatakan oleh orang sampai bila-bila.
Ia akan menjadi salah satu SEJARAH Hitam dalam Arena Seni Artis Indonesia dan seharusnya ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada mana-mana ARTIS tidak kira dari Negara mana. Kes ini telah berlanjutan tanpa nampak ada perubahan terutama dari segi penghakiman. Saya hairan kenapa perlu mengambil masa untuk menghakimi si ARIEL PETERPAN?
Apa yang diharapkan kemelut ini biarlah diselesaikan secara elok tanpa berlakunya pergeseran. Yang salah tetap salah dan yang didapati tidak bersalah biarlah ia bebas. Apa yang penting PENGAJARAN yang diperolehi dari KES ARIEL PETERPAN ini serba sedikit dapat membuka mata masing-masing terutama ARTIS.


hebat jugak penangan peterporn
ReplyDeleteapabila jatuh tertimpa tangga..haish
ReplyDeletelatest entry koleksi terbaik punya
Kenapa dia nak kecoh-kecoh. Yang buatnya Peterporn, bukan dia. Kalau dia ker, anak dia ker buat, lain ah cerita. Macam lah dia ada power suruh Peterporn jadi playboy atau budak baik.
ReplyDeleteIni kes nak cari publisiti murahan lah ni.