Hati-hati bila meluahkan perasaan. Bagi aku tak salah kalau nak meluahkan perasaan tetapi kena fikirkan juga perasaan orang lain. Kita dibagi otak untuk berfikir,gunakanlah sebaik mungkin untuk kebaikan bukan untuk keburukan. Bezakan yang mana baik yang mana buruk,takkan nak kena pakai otak aku nak bagitahu itu buruk takleh,ini baik boleh,boleh gitu.Adeyy..seperkara lagi janganlah merajuk kalau dah tak menang.
Blogging biar beretika,jangan ikut sedap jari je nak melabel orang kaki bodeklah,kaki ampulah dan lain-lain. Bodek-bodek bertempat wahai sahabat, bodek bukan nak menjahanamkan korang, salah ker kalau membodek bila ia memberi kelebihan? Bukannya membodek menyusahkan korang? Pernah korang rasa orang membodek dalam blogging korang yang dapat susah? Korang tak reti bodek masalah koranglah,sapa suruh jadi katak bawah tempurung.
Satu perkara yang aku paling pantang dalam berblogging bila timbul perkara yang bagi aku amat sensitif iaitu main taip ikut sedap jari tuduh pihak satu ni RACIST dan pihak ni RACIST. Apa kejadah nak bangkitkan perkara yang boleh mengugat keamanan. Korang takkan tak pernah tahu bila isu ini timbul ramai yang susah.Nak aku bagi contoh? Takyah korang dah besar panjang ada otak Lu Pikirlah sendiri. Tak boleh ker kalau dah tak menang tu korang tanya kenapa korang tak menang? Ni apasal nak bangkit-bangkitkan hal yang tak sewajarnya dibangkit.Alahai lagi teruk dari membodek..hampeh.
Pandangan aku terhadap NUFFNANG sepanjang bersama mereka honestly aku cukup berpuas hati walaupun cuma menang hadiah masa PROJECT ALPHA SEASON 2 setakat ini. Namun aku tak pernah nak merajuk sampai nak tarik iklan pasal pemenang contest orang berlainan kaum. Untuk pengetahuan semua Juri sebenar untuk kontest tersebut bukanlah dari PIHAK NUFFNANG,macam mana korang boleh kata diaorang RACIST? Tak faham aku. Perlukah semua ini? Ini pertandingan, yang kalah tetap kalah yang menang pasti gembira. Apa yang penting terimalah hakikat kekalahan dan mungkin belum ada rezeki nak menang apa-apa.
Hanya disebabkan korang tak menang dan pihak lain yang menang sanggup korang bangkitkan isu yang amat sensitif ini tanpa memikirkan IMPAK terhadap ramai orang. Jangan pasal kes tak menang kontest korang masuk KAMUNTING pulak yerr,berbaloi kerr? Kalau nak luah pun biar berpada-pada jangan perkara yang sebegini diungkitkan. Nak tunjuk kat orang korang merajuk? Alahai ADA KUKESAH bak kata AZWAN ALI. Pergilah merajuk diam-diam janganlah menunjuk-nunjuk korang merajuk...buruk bebenor tua-tua merajuk.
Oklah harap lepas nie,ingin aku ingatkan kepada korang semua termasuk aku sendiri,berblogginglah secara berhemah. Kalau rasa nak blogging semata-mata nak buat huru hara, korang pergi main jauh-jauh,Buatlah yang terbaik dalam berblogging. SAY NO kepada blogger yang membangkit perkara-perkara yang remeh dan tak beretika yang boleh membaca bencana. Tak salah memberi pandangan,tapi kena fikir dulu adakah ia memberi banyak kebaikan atau keburukan.
Buat yang terasa mungkin ayat-ayat aku agak panas sedikit, namun semuanya ikhlas dari aku agar kita sama-sama perbaiki kelemahan yang ada dalam diri kita. Aku masih baru lagi dalam berblogging ni tapi umur dah meningkat jadi aku gunakan saki baki umur aku ini untuk melakukan apa yang aku rasa terbaik dalam berblogging dengan cara hormatilah semua orang dalam berblogging tak kira bangsa dan agama. Harap Maaf sekiranya terlebih pulak bahasa yang aku pakai...cehhh kerana hal sebegini banyak ayat-ayat yang tak sedap dibaca keluar.
MORAL OF THE STORY
Orang cepat merajuk dilarang masuk Kontest..hehe
singgah bc opinion otai bloggers on this issue
ReplyDeletecarl pon ada memberi respone isu racist ini!
ReplyDeleteabang jai gawwang ler.. takutnyer :P
ReplyDeletehehehe.. suka entri neh
ReplyDeleteaku pun sama so far memang berpuas hati.....
ReplyDeleteKeputusan Cabutan Bertuah
Bro, ayat last tu sesuai untuk Monster Pink :
ReplyDeleteOrang cepat merajuk dilarang masuk Kontest..hehe
well written bro...hik3,bila nak bergosip lagi?
abg jai, kalo nuffnang racist tentu NN x hire rina kerja kan... habis rina ni org apa.. melayu lar kann.. xkan venezuela plak.. pastu dulu masa rina incharge hadiah..ramai je blogger malay yg dtg collect prizes.. diantaranya abg jai lar kann..1 malaysia kott.. hurmm apdaa..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya setuju sangat dengan komentar sdr. Tak perlu ungkit kejayaan org lain. Kalau ingin menang buat lebih bagus dari itu. Kreatif lah! Apa-apa pun, saya suka Nuffnang. Saya tak perlu nak bodek tapi tetap menang walaupun 2 tiket ke panggung wayang. Berbaloi apa...
xpelar, yg penting NN dah jelaskan sistem & prosedur pemilihan pemenang contest dkt penulis entri tuh..salah faham je.. rina call semalam..so rasanya clear sudahh.. k dah bole tutup isu, dan kalo bole xmo lagi dah isu racist ni..x suka!! 1 MALAYSIA!!
ReplyDeleteakuzle - Thanks kerna sudi baca opinion saya.
ReplyDeleteCarl Samsuddin - Will check your comment tak kisah negatif or positif namun kawan tetap kawan.
Che Armster - bro muko jer garang,tapi hati lembut..hehe
Jard - Thanks sekadar luahan perasaan..hehe
Sharinginfoz - Betul takdak masalah pun.
Eyriqazz - RAWRRRR..ahaks..ahaks..gosip? Ingat nak cari gosip antara blogger plaklah..thanks hehe..
Zara - Thanks kerana setuju entri ini.Biarlah orang lain menang mungkin satu hari nanti giliran kita pulak.
AYM - Thanks rynna. We'll support NN on this matter. PEACE NO WAR. 1MALAYSIA
kite tau sapa yang kuat merajuk tuh tau! nanti kite bagitau dia okeh!
ReplyDeleteentahlah..tak tau nak kata apa..janji tali barut akak semua sokong nuffnang kannn..
ReplyDelete♥ u lar kak ina.. dis year jgn lupa sesi berbuka puasa lagi ok... genap la setahun kita berjumpa =P
ReplyDeleteCiklily - cakap dia nanti kalau NN anjur berbuka puasa nak ajak dia sekali..hehe
ReplyDeleteKakIna - Dun worry tali barut semua baek punya..ahaks..ahaks..
AYM - wahhh..rynna nak ikut nak bawak orang umah sekali buleh..buleh..hehe
MORAL OF THE STORY
ReplyDeleteOrang cepat merajuk dilarang masuk Kontest..hehe
Mak x kisah nyah...janjji ENJOY!! hak3
Dapat anak ikan pun dah kira baik tau.......muahaha
Sumijelly.com
Hehe Sumi dapat anak ikan tak menang contest pun takpe..hehe
ReplyDeleteWell write up abam JeJai!.. i know it when am attent in Coffee session with Muffies super duper cute ( awwch!) Yuen Yee..
ReplyDeleteThanx for the info.. =D