Saya agak tertarik dengan apa mamat ni buat. Seni yang dipelopori beliau merupakan satu seni yang amat menarik sekali. Dengan kreativiti anak muda ini bijak bermain dengan Hasil seni yang menggunakan Pasir. Beliau adalah ISMAIL ALI AHMAD berumur 27 atau lebih dikenali dengan nama MAIL PASIR.
Pertama kali saya melihat beliau dalam Suratkhabar,selepas itu terjumpa beliau berniaga di kawasan i-CITY dan terkini sempat mengambil gambar bersama beliau semasa karnival disekolah. Anak kelahiran Sekinchan Selangor ini mempunyai bakat yang begitu terserlah terutama dalam pembuatan hasil seni dengan pasir.
Agak peramah dan senang diajak berbicara. Menurut beliau sekarang beliau menetap di MERU (tak jauh dari rumah saya kat KAPAR..) dan kalau tak silap beliau memiliki kedai di MERU (tak sempat nak tanya lebih lanjut). Memang cantik hasil tangan dia dan membuat saya kagum dengan kemahiran beliau yang telah berkecimpung dalam bidang ini selama 8 tahun.
Harga hasil seni beliau boleh didapati dengan harga murah dan yang mahal cukupppp mahal iaitu harga dari RM25 hingga ke harga paling tinggi RM5,000.00. Ingat ada kelapangan nak belajar dengan beliau seni ini.Rasa-rasa beliau boleh ajar kalau betul nak.
Sapa nak belajar?? Tanya kat brother nie,kalau tak silap malam beliau berada di i-CITY. Bab seni ni memang minat saya cuma masa tidak mengizinkan.Anda bagaimana?Adakah anda berminat dalam bidang seni?

aku pernah tengok orang arab buat macam senang...goncang2 pasir, korek2 pair..pup2,siap dah.tapi sebenarnye susah gile mau bikin satu
ReplyDeleteHehehe..goncang2 pasir aku pun buleh buat..wakakaka..setuju nampak senang tapi susah..nie kena ada kreativity baru boleh pegi..kalu tak pasir tinggal pasir..hehe
ReplyDeletetak sangka bijak dia wat bisnes..
ReplyDeleteSandwich Dalam Tin ?
Memang beliau bijak bro..teknik cuma dia sorang yang tahu setakat nie dan beliau sanggup turunkan kalau ada berminat kalau tak silap gua..
ReplyDeletecantiknyer...
ReplyDeletesungguh seni betul tangan beliau...
nak beli satu ler...
Mehh..nak beli gi i-CITY..macam-macam ado..hehe..memang cantik
ReplyDelete