Harga Barangan keperluan naik disebabkan kerajaan mengambil langkah berani dalam merasionalisasikan subsidi secara berperingkat. Apa pandangan anda sebagai Rakyat? Adakah ini membantu?Dengan kenaikan harga minyak yang meningkat 5 sen,sebagai pemandu kereta saya pasti akan terasa impak (melainkan saya orang kaya).
Dengan pelancaran rasionalisasi ini bermakna Kerajaan dapat mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM750 juta untuk tahun 2010. Gula juga akan mengalami pengurangan subsidi iaitu sebanyak 25sen dari pihak Kerajaan. Adoiii....bertambah lagilah bajet saya...Apa pendapat anda semua mengenai Kenaikan ini?

krajaan malaysia berniaga dgn rakyat sendiri.. spatutnye lebih menolong..tgk jual kete pun dh nmpak, faedah naik melmbung2,roadtax evry year..
ReplyDeleteTak setuju harga petrol naik kerana ia barang keperluan harian. Kerajaan patut cari cara lain kurangkan perbelanjaan negara. Bukan meletakkan beban di bahu rakyat sahaja. Bukan semua rakyat orang senang, ada yang miskin dan anak ramai. Masalahnya gaji masih sama harga barang terus naik dan akan naik lagi selepas ini. Gaji akan terus mengecil dan apa yang boleh dibeli? Tak patut langsung. Menteri patut belajar tentang humanisasi dalam ekonomi makro sebelum pegang jawatan menteri kewangan jadi bukan senang nak pegang kuasa, perlulah berilmu. Matlamat orang politik yang telah dipilih rakyat ialah untuk membantu rakyat dengan apa cara sekalipun dan bukan untuk menyusahkan rakyat yang sudah pun susah akibat kenaikan harga barang sebelum ini. Carilah cara lain yang lebih sesuai kepada semua golongan rakyat. Fikirlah wahai YB menteri yang bijak pandai.
ReplyDeleteAda yg marah sangat pasal ni, btalu2 keluar kenyataan dlm fb, apa kata cl jabatan penerangan tanya kita x puas hati dgn benda ni & sila beri penerangan yg boleh dterima akal. Cadangan je ye... cadangan..
ReplyDeleteSeperti selalunya, kenaikan ini akan disusuli dengan kenaikan harga barang2 lain yang tak de kena mengena dengan subsidi.
ReplyDeleteIni secara tak langsung org yang tak guna kenderaan (org miskin) , org yang tak memasak / gas lpg (org bujang), orang yg tak suka benda manis (spt aku, hehehe) turut terkena tempias.
Aku komen sedikit.
ReplyDeleteKitakan menuju pendapatan tinggi. Nak x nak kena hadapilah kenyataan ini. Semuanya dikawal oleh pemerintah... Dia org ada strategi sendiri dalam membentuk negara ni. Percayalah... BUkan senang nak jadi pemerintah, dia umpama mcm kita pakai kain batik.. Tarik atas bawah nampak, tarik bawah atas pulak nampak..
Aku ni dah terasa sesangat-2 dengan kenaikan ni. Aku dah muak nak pikirkan benda-2 ni..Kena rajin-2 lah cari duit leh.. sekarang ni aku dah x boleh duduk senang lenang.. dulu niaga kira kat pasar malam je.. Skrg ni aku niaga dari pagi sampai mlm.. cari duit..
MCm org cakap.. bukak je mata kerja-kerja...cari duit.. sampai nak tengok , duduk bersama anak , pun x sempat.. aku risau dengan perkembangan ni..
Entah lah generasi hadapan camana yer?..Patutlah sekarangni mcm-2 terjadi.. dah nampak dah..
Ni tanda-2 akhir ZAMAN...
RM750 JUTA 2 NAK BG KAT SAPA YER,, YANG KAYA BERTAMBAH KAYA YANG MISKIN PAPA KEDANA,,
ReplyDelete