GLITZ & GLAMOUR NITE inilah tema pada malam "DINNER" sempena menyambut ulangtahun ke 50 Syarikat tempat saya bekerja. Apa yang boleh saya katakan majlis ini cukup meriah. Acara pendaftaran bermula dari pukul 7 malam. Saya mengenakan kemeja Merah JAMBU warna terang seterang terangnya pada malam itu. Namun saya suka sebab nampak cerahlah mak ngah..hehe.
Tetamu dianggarkan hampir 400 orang termasuk pasangan suami isteri masing-masing dan saya tidak ketinggalan membawa bersawa Tuan Puteri saya bersama ke Majlis ini yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat tempat saya bekerja. Memang cukup glamour dan saya berkesempatan mengambil gambar dengan beberapa orang yang cukup dikenali ramai dan glamour.
Antaranya ZAMIL MALASYIAN IDOL yang telah menjadi pengacara Majlis pada malam itu dan ditemani oleh seseorang yang saya tak pasti siapa. Cukup profesional cara pengacara Majlis ini. Beliau cukup sporting dan begitu peramah orangnya. Beliau juga mempunyai blog untuk mempromosikan perniagaan beliau.
Sempat bergambar dengan EKIN AF3 yang kecil molek. Sungguh peramah walaupun dalam tergesa-gesa hendak balik namun sudi melayan saya dan rakan-rakan dalam sesi bergambar. Beliau cuma menyampai sebuah lagu pada malam itu. Sempat bertanya Hari Raya tahun ini sambut kat mana? Jawabnya SABAH Bah...Araimai tiiiii....
Ini dia penyanyi yang luarbiasa @ LADY GAGA Malaysia. Saya berkenan tang rambut beliau tuh. Punk wehh. Suara Mantap,cukup sporting dan bijak berbicara dengan para penonton. Ketika ia beliau berada dalam keadaan Luarbiasa. Anda ingin melihat beliau dalam keadaan biasa?
Ini pula ALYAH dalam keadaan seperti biasa. Sempat mengambil gambar bersama dengan Tuan Puteri saya. Mula-mula saya tak perasaan yang beliau adalah ALYAH. Namun rakan saya memberitahu memang betul beliau ALYAH,apa lagi siap lambai lagi dan beliau terperanjat kerana tak sangka ada orang kenal beliau dan keadaan biasa.
Sejarah peribadi tercatat dalam hidup saya kerana sempat mengambil gambar dan berjabat tangan dengan seorang tokoh politik yang disegani iaitu Y.B Dato' Sri Mustapa Mohamed. Beliau sememangnya seorang yang cukup peramah dan saya sendiri tidak sangka yang beliau sudi berjabat tangan dengan saya.
Keseluruhan pada malam itu cukup meriah. Saya terkilan kerana tidak sempat bersalam dengan seorang lagi artis yang cukup terkenal iaitu tak lain tak bukan TERIMA KASEYYYYYYY..iaitu Datuk David Arumuggam penyanyi utama kumpulan evergreen iaitu ALLEYCATS....
wah glamournya mereka
ReplyDeleteKita tompang glamer jerr..hehe
ReplyDeleteKita tompang glamer jerr..hehe
ReplyDelete