Persahabatan sesuatu yang perlu dihargai. Bila berjumpa dengan rakan-rakan pasti pelbagai memori dapat diimbas kembali. Semalam saya sekeluarga telah menghadiri "Gathering" antara bekas-bekas pelajar UiTM Cawangan Semariang Sarawak tahun 90an ( Batch orang rumah saya daaa...). Ini merupakan kali pertama dianjurkan. Komen saya lokasi memang sesuai iaitu dibuat di BORENO RAINFOREST.
Makanan banyak pilihan kerana penganjur telah menempah dari awal lagi. Rakan-rakan dari Sarawak pun ada yang datang semata-mata untuk menghadiri perjumpaan ini. Sanggup datang semalam dan balik ke Sarawak hari ini. Mereka-mereka ini adalah Junior saya sewaktu belajar di UiTM Cawangan Sarawak.
Pelbagai juadah dihidang. Saya makan sikit je,setakat 4 pinggan sahaja..ahaks.. Keseluruhan makanan memang banyak dan sedap-sedap belaka. Kalau saya diberi pilihan untuk membuat perjumpaan sudah pasti saya akan buat ditempat ini..
ANTARA BEKAS PELAJAR YANG HADIR..
Selamat berjaya khususnya buat semua rakan-rakan bekas pelajar UiTM ini. Semoga kita akan berjumpa lagi di masa akan datang .
Untuk pengetahuan semua khabarnya BORNEO RAINFOREST ini diilhamkan oleh Datin Seri Tiara Jacqueline dengan usahasama David Teo sejak dari tahun 2007 lagi. Bagaimana pun kedudukan kedua-dua selebriti ini dalan BORNEO RAINFOREST saya kurang pasti pada masa sekarang.


AbgJai&Mas,tak sangka dapat bertemu semula setelah berbelas tahun.. keep in touch,ye :)
ReplyDeleteWahh adibah nyalah ya..lamak sik jumpa..geng nuffnangers juak kita ehh..hehe
ReplyDelete