Saya terpegun dengan gambar yang bermotifkan kucing ini. Mungkin bagi anda ia cuma sekadar gambar namun anda mungkin tertipu sekiranya saya tidak memberitahu sama ada gambar yang dipaparkan adalah gambar yang diambil menerusi lensa atau lukisan. Untuk pengetahuan semua,kesemua gambar yang dipaparkan adalah lukisan semata-mata.
Apa yang menarik mengenai lukisan ini adalah, ia dilukis menggunakan pensil teknikal yang mata bersaiz 0.5mm dan kertas lukisan bersaiz A2. Itu sahaja yang diperlukan untuk gambar ini wujud. Pelukis yang mempunyai sentuhan unik ini adalah PAUL LUNG yang berumur 38 tahun dan berasal dari Hong Kong.
Yang paling paling unik sekali adalah beliau meluang masa selama 60 jam untuk membuat sketching tanpa menggunakan pemadam. Menurut beliau ramai yang tidak percaya bahawa lukisan yang beliau lukis adalah lukisan. Bagi saya lukisan beliau ini cukup sempurna,memang hidup. Anugerah yang tak terhingga.
Untuk melihat karya beliau selebihnya anda boleh layari laman web ini yang mengumpul hasil kerja seni beliau yang halus. Klik disini BEAUTIFULLIFE. Anda juga boleh melayari website beliau disini PAUL LUNG.



wow!!!
ReplyDeleteberapa lama la dia berlatih ni
Selain latihan bakat perlu ada,takde bakat pun susah gak
ReplyDeleteperghh...macam kucing aku...
ReplyDeleteLukisan beliau hidup siottt..memang untung beliau dapat anugerah istimewa
ReplyDelete