Apakah yang penting bagi anda semua semasa berblogging? Apakah yang anda cari? Setiap orang pasti jawapannya berlainan. Adakah anda mengejar Traffic Hits? Adakah anda mengejar Ranking? Mungkin anda sekadar suka-suka berblogging. Nampaknya sekarang ramai blogger-blogger baru yang naik. Adakah kerana trend sekarang ramai orang meng"update" blog dek kerana ikutan?Apa pun jua yang anda buat semasa berblogging terpulang kepada anda semua.
Namun harus diingatkan ETIKA atau "Code of ETHIC" perlu ada dalam berblogging. Pernah dibicarakan dengan blogger-blogger terkenal dan ada yang menyokong sekiranya ETIKA ketika berblogging perlu diwujudkan. Namun siapakah yang harus mencipta atau mereka ETIKA ini.
Tidak ada mana-mana badan setakat ini yang saya lihat menimbulkan persoalan ini. Mungkin ada,mungkin saya terlepas pandang,namun secara lahiriahnya saya tidak nampak lagi. Mungkin ada rakan-rakan blogger yang pernah terbaca mengenai ETIKA sewaktu berblogging boleh berkongsi maklumat disini.
Kenapa perlu ada ETIKA ketika berblogging. Ini pandangan peribadi saya. Mungkin dengan adanya ETIKA para blogger boleh beringat-ingat agar menjaga tatasusila bahasa masing-masing dalam dunia blogging. Walaupun ini adalah hak peribadi, namun setiap blogger perlu tahu batas anda. Selagi tidak terkeluar dari niat asal untuk berblogging saya rasa tidak menjadi masalah.
Maksud saya hal-hal yang tidak menyentuh perkara-perkara yang melampau contohnya terutama perkataan atau bahasa yang kurang enak dibaca,memaki membuta tuli dan sebagainya yang boleh menyinggung perasaan masyarakat di Malaysia.
Apa pendapat anda? Adakah perlukah ada ETIKA dalam diri blogger masing-masing atau tidak? Disebabkan mengejar traffic atau ranking ETIKA diketepikan. Adakah ETIKA penting untuk blogger? Anda sendiri renung-renungkan. Persoalan ini juga bukan setakat untuk anda tetapi juga untuk saya agar jangan alpa. Sesungguhnya kita sebagai manusia kita sering alpa. SHARING IS CARING.

Bro Jai..
ReplyDeleteThanks sbb sudi drop by blog Pojie yang xseberapa tuh.. Pojie pun lama xjengah sini sebab kekangan masa..
Thanks gak invite Pojie utk join nuff session..
Tapi malangnya Pojie balik kg this week, sedihnya...
Love,
PojiePooh Abdullahudi drop by blog Pojie yg xseberapa tuh..