30 July 2010

BLOGGER CODE OF ETHICS | TUN DR. MAHATHIR SAYS | REVIEW


Semalam punya cerita dah settle tak perlu dibangkitkan lagi. Hari ini aku sekadar ingin berkongsi apa yang aku baca dalam sebuah akhbar tempatan yang menyentuh mengenai blogger. Artikel yang cukup menarik buat para blogger untuk maju kehadapan. Semuanya dipetik dari apa yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau membuat ucapan disidang ASIAN BLOGGERS & SOCIAL MEDIA CONFERENCE.


Antara Saranan beliau kepada blogger adalah mempraktikkan secara sukarela KOD ETIKA dalam berblogging agar para blogger lebih bertanggungjawab dalam dunia sebenar dan juga dalam dunia Blogging. Ini demi memastikan BLOG menjadi salah satu "Medium" yang dihormati.

" I would like to emphasise the need for bloggers to be responsible,for if we are responsible we can contribute to the community" 

Ucapan yang cukup bermakna yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir. Kenapa blogger harus bersikap bertanggungjawab? Persoalan yang penuh makna dari TUN membawa maksud blogger yang bertanggungjawab juga memberi sumbangan dan berperanan dalam komuniti. Amat besar sekali tanggungjawab dipikul sudah semesti ada kebenarannya.

"   Bloggers have the ability to shape the thinking and opinions of 
communitity" 

KUASA BLOGGER itu pada pandangan aku bila membaca kata-kata TUN ini. Itu sebab blogger sekalian kena berhati-hati bila jari menaip ayat. Pastikan apa yang ditaip tidak lari dari niat untuk berblogging .Jangan main lepas sahaja apa yang nak diluahkan kerana ia akan memberi IMPAK yang besar kepada pembaca.

" Don't abuse but make full use of the internet. It is powerful instrument put into our hand" 

Setuju sekali dengan ayat ini. Bahaya sekiranya ada blogger yang menyalahgunakan blog sebagai tempat melepas geram tanpa memikirkan kesan negatif. Sebagaimana yang anda tahu Internet merupakan kaedah yang paling berkesan yang bersangkut paut dengan blogger, jadi gunakanlah ia dengan sebaik mungkin.

"  Becareful in the use of the freedom,Careful in the sense that we will be able to back what we say with truth and fact "

Hati-hati dengan kebebasan yg diberikan,itulah yang disarankan oleh TUN Dr.Mahathir. Sebab itu bila isu tempoh hari aku cukup melenting. Namun biarlah ia berlalu dan anggapkanlah ia sebagai pengajaran buat kita agar kita tidak leka dikemudian hari.

Cukup menarik sekali persidangan yang dilangsungkan. Rugi rasanya tak pergi. Sekiranya ada masa terluang ingin aku turut serta  persidangan sebegini satu hari nanti. Kepada semua blogger yang membaca entri ini, aku ingin ucapkan Selamat berblogging dengan penuh tanggungjawab dan beretika. 

BLOGGER WE CARE

6 comments:

  1. memang penting sangat blogger yang beretika kan

    Tudung Mana Anda Suka?

    ReplyDelete
  2. ha'a.. penting etika berblog. cara berblog menggambarkan diri penulis ;)

    ReplyDelete
  3. mesti aman dunia blogging kalo sumer amalkn kod etika yg betol..

    ReplyDelete
  4. Blogging dah jadi medium utama nanti.. insyaallah hari itu akan datang.. =D

    ReplyDelete
  5. :-) Good words by Tun himself ..

    -cyrildason.com

    ReplyDelete
  6. SharingInfoz - Memang Etika diperlukan bila berblogging.

    rhapsody LIN - Mmmm yang penting tanggungjawab sebagai blogger kepada komuniti

    JMR - Nak dikawal memang susah..cuma buat yang terbaik mungkin mampu mengubah

    Shahroll - Betul..jadi sama-sama menuju kearah blogger beretika

    Cyrildason - Off Course..you know why? Because TUN is a blogger too..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails