15 July 2010

BADRUL MUHAYAT KAKI PUKUL ? | REVIEW TENTANG CERITA ARTIS


Kali ini tiada maaf bagimu. Mungkin itu ucapan yang sesuai diucapkan Julia Daud, 29 kepada suami beliau Badrul Muhayat, 42. Anda mungkin sudah tahu kes Julia dikasari oleh Badrul dan wang jaminan dari mahkamah juga telah dirampas. Ingat dah insaf rupa-rupanya buat perangai.


Kalau anda baca Metro anda pasti berpendapat si Badrul Muhayat seorang suami yang tidak bertanggungjawab. Yelah sanggup mengasari seorang wanita lebih-lebih lagi seorang isteri yang cukup setia,menolong mencari wang jaminan,sanggup menjenguk suami ketika dalam tahanan.

Laporan telah dibuat dan Badrul akan didakwa dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang kalau disabit kesalahan akan dipenjara setahun atau denda RM2000. Bagi saya kes Badrul ini sepatutnya hukuman lebih berat dikenakan kerana ia merupakan kali keberapa entah beliau buat hal. Biarlah beliau merasa siksa atas perbuatan beliau.

Apa pendapat anda tentang kisah artis ini. Adakah patut beliau dimaafkan atau patutkah Julia tinggalkan suami beliau. Bagi saya manusia sebegini sepatut dibiar merengkok dalam penjara jer. Tak kesian ke dengan anak-anak? Jangan dibiar jamin langsung lagi elok. Macam-macam..

4 comments:

  1. klu dh mmg ragam dia cam 2 nak tukar camne lg..
    ReplyDelete
  2. isteri anugerah tuhan,sayangilah mereka..
    ReplyDelete
  3. diraja22 - Cuma dia sahaja yang boleh ubah diri dia..

    life kami - Setuju..sepatutnya beliau hormat kat isteri dia,ni tidak dikerjakan lagi ada..adeyyy
    ReplyDelete
  4. tngok muka dia pon mcm menakotkan je..
    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails