15 July 2010

AYAM KELUAR DULU ATAU TELUR KELUAR DULU | PERSOALAN TERJAWAB |


Persoalan yang sekian lama tak terjawab,Siapa keluar dulu AYAM atau TELUR? Saya terbaca sebuah artikel mengenai persoalan ini dan yang menariknya jawapan telah ditemui untuk persoalan ini. Dari dulu hingga sekarang rasa-rasanya ramai orang mengatakan telur dulu yang wujud.


Namun sangkaan orang ramai adalah salah. Menurut seorang penyelidik British iaitu Dr.Colin Freeman dari Universiti Sheffield yang mendapat kerjasama dari Universiti Warwick dalam kajian yang telah dibuat ,beliau berpendapat AYAM sepatutnya wujud dulu berbanding dengan TELUR dan ini telah dibuktikan melalui kajian Sains.

Antara hujah yang saya sendiri sukar memahaminya.Kenapa dikatakan AYAM keluar dulu? Formasi untuk membentuk TELUR hanya akan terjadi sekiranya PROTEIN diperolehi dan itu hanya terdapat pada Ovari AYAM. Disini secara tak langsung bermakna AYAM dulu wujud.
,
PROTEIN ini digelar OVOCLEDIDIN-17 (OC-17) yang bertindak untuk mempercepatkan ketumbesaran TELUR.Menurut Saintis mereka telah mengguna sebuah Super Komputer yang diberi nama HECTOR yang terletak di EDINBURGH untuk mengkaji formasi secara mendalam mengenai TELUR.

OC-17 ini merupakan elemen yang penting dalam pembentukan kulit TELUR. Fungsi PROTEIN yang terdapat pada Ovari AYAM pula akan menukarkan "Calcium Carbonate" kepada "Calcite Crystals" dalam pembentukan kulit TELUR dan dalam 24 jam 6 gram kulit TELUR terbentuk.

Macam mana? Menarik bukan. Setiap kejadian perlu dingatkan bahawa tiada yang mustahil kalau dikehendaki olehNYA. Kita sebagai manusia diberi akal dan fikiran untuk memikirkan secara waras bahawa setiap kejadian pasti ada jawapannya. Renung-renungkannn...SHARING IS CARING

8 comments:

  1. yeke. dua2 pon saya suka makan dan boleh makan. tak alergi

    ReplyDelete
  2. ish... tak kisahlah ayam dulu ke telur dulu.. janji boleh makan sudah...=)

    ReplyDelete
  3. betol3...yg pnting blh makan...

    ReplyDelete
  4. hmmmmmm tak tahu yang mana satu tapi ayam goreng dan telur rebus sedap

    ReplyDelete
  5. redriben - iyerr..hehe..samalah..kena pulak ayam penyet..perghhh

    woaini - Betul..selagi boleh makan dan kenyang oklah

    interpeso21 - Apa yang penting,makan,makan,makan..ahaks

    Sharinginfoz - ceh..semua citer tentang makan..hehe..laparlah pulok

    ReplyDelete
  6. Betul.. kalo ayam jd ayam kfc, telor plak jadi atas nasi pattaya.. hu3

    ReplyDelete
  7. hanya Allah yg tahu...erm,tu jwpannya

    ReplyDelete
  8. bukan sains yang pertama kali menyatakan kewujudan ayam jadi dulu berbanding telur..dalam Al quran juga dan kata..allah jadikan binatang dan tumbuhan dari air.dan binatang dan tumbuhan itu membiak kemudiannya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails