08 July 2010

ARTIS BARAT | LINDSAY LOHAN DIKENA HUKUMAN PENJARA

Maklumat terkini yang saya baca telah melaporkan bahawa Lindsay Lohan akhirnya dikenakan Hukuman Penjara selama 90 hari (ada yang mengata 30 hari). Hakim Marsha Revel telah menjatuhkan hukuman tersebut setelah Lindsay Lohan gagal mematuhi arahan dalam tempoh pemerhatian iaitu menghadiri sesi kelas untuk menghilangkan ketagihan beliau terhadap alkohol.


Keputusan penghakiman memeranjatkan beliau dan telah membuat beliau menangis dan memberitahu hakim dengan berkata “I did the best I could.” Namun mungkin disebabkan sejarah lampau beliau maka mahkamah tetap dengan hukuman yang telah dijatuhkan. Sejarah yang dimaksudkan adalah terdapat unsur-unsur keganasan sepanjang beliau didalam tempoh pemerhatian iaitu sejak dari 2007.



Macam-macam.Bagi saya beliau mungkin akan berada didalam penjara hanya untuk seketika kerana perkara sebegini pernah terjadi kepada seorang lagi selebriti terkenal iaitu PARIS HILTON yang hanya berada didalam penjara untuk seketika sahaja kemudian dibebaskan atas alasan Kesihatan. Kalau dah banyak duit macam-macam boleh buat,namun adakala mereka tidak lepas dari hukuman cuma masa sahaja menentukan.

4 comments:

  1. LL pon sama je perangai ngn Paris Hilton..anak muda katakan...hehehe

    ReplyDelete
  2. she always find trouble for herself =/

    ReplyDelete
  3. JMR - Memang pun..dah lama dah kisah dia nie..cuma malas nak follow

    Khairunnisa - Kesian memang kesian nak buat camno..biarlah dia belajar..kut2 lepas ni insaf

    Keenwooi - Agree bro..she create her own problem so she need to take the responsibilty

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails