06 July 2010

20 MUNGKIN 30 ORANG PEGUAM UNTUK MEWAKILI CUT TARI | KES VIDEO DENGAN ARIEL


Laporan dari JAKARTA mengenai persiapan CUT TARI untuk menghadapi KES VIDEO dengan ARIEL PETERPAN cukup menarik sekali. Persediaan rapi CUT TARI dengan melantik peguambela beliau untuk menangani KES VIDEO ini cukup hebat sekali. Bukan seorang Peguam,rupa-rupanya beliau akan dibela oleh lebih 20 orang peguambela.


Ini telah di akui oleh ketua peguam beliau iaitu HOTMAN PARIS bila dihubungi melalui telepon bimbit beliau. Namun menurut beliau peguam-peguam ini mungkin akan ditambah sekiranya keadaan memerlukan. Silap-silap boleh mencecah sehingga 30 orang peguam.

Menurut peguam beliau yang baru dilantik semalam iaitu 5hb Julai 2010 keadaan CUT TARI agak sedikit pucat,agak sedikit kurus dan sangat stress. Begitu juga suami CUT TARI Johannes Yusuf Subrata yang begitu stress dalam berusaha menyelamatkan isteri beliau dalam kes ini.

Begitu hebat persediaan CUT TARI, cuma masa menentukan sama ada beliau akan didapati bersalah atau tidak. Kita tunggu dan lihat apa kesudahan kisah Artis yang cukup sensasi ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails