Percaya atau tidak? Perdana Menteri SPAIN Jose Luiz Rodriguez Zapatero dalam nada berseloroh telah mengatakan kesanggupan beliau memberi si PAUL the SOTONG perlindungan dengan menghantar Sekumpulan Pasukan untuk menlindungi PAUL atas ancaman bunuh terhadap si SOTONG. Hebat betul penangan si SOTONG ni.
Apa yang anda tahu mengenai si PAUL the SOTONG nie? Disini saya ingin berkongsi 10 perkara mengenai PAUL the SOTONG KURITA yang penuh misteri ini. Harap penyokong GERMANY janganlah mengutuk yerr..ahaks..ahaks
1. PAUL the SOTONG dilahirkan di WEYMOUTH, DORSET sebuah bandar yang besar di ENGLAND pada tahun 2008. Walaupun PAUL the SOTONG meramalkan kemenangan keatas GERMANY semasa perlawanan dengan ENGLAND namun beliau masih dianggap pengkhianat kepada penyokong GERMANY.
2. PAUL the SOTONG KURITA mendapat nama melalui seorang penulis GERMAN iaitu Boy Lornse dalam buku beliau bertajuk " DER TINTENFISCH PAUL OKTOPUS"
3. PAUL memiliki daya penarik yang cukup kuat dengan badan disaluti warna yang penuh bergaya iaitu warna ungu-kekuningan yang kompleks dan boleh bertukar ke warna menawan kekuningan-ungu. Memiliki 8 tangan yang cukup menarik.
4. Memiliki kepintaran menurut Pengurus SEA LIFE AQUARIUM Daniel Fey yang memberitahu " PAUL memiliki watak yang cukup istimewa, antaranya cara PAUL memandang pelawat bila pelawat menghampiri akuariumnya,jadi kami cuba mencari apakah keistimewaan PAUL"
5. Sudah tentu keistimewaan yang dicari itu akhirnya ditemui,iaitu PAUL berupaya meramal sesuatu. Kajian mengunakan kotak kristal ditampal bendera beserta makanan kegemaran sotong tersebut ,PAUL akan memilih kotak yang berisi makanan apa yang disukainya. Secara tak langsung PAUL telah membuat ramalan bila memasuki salah satu kotak itu.
6. Ada khabar mengatakan si PAUL akan sentiasa memilih kotak yang berisi bendera GERMANY,namun khabar itu sebaliknya bila PAUL memilih SPAIN untuk pergi ke FINAL.
7.Sebagai peramal PAUL tidak lepas dari kontroversi kerana PAUL telah memberi AMARAN kecemasan dalam Negara bila ia memilih SPAIN sebagai pasukan yang menang.
8.Paul secara semulajadinya menjadi internet sebagai tempat mensensasikan dirinya. Mempuyai sekurang-kurangnya 2 twitter iaitu @PsychicOctopus/worldcup2010 dan @PPsychicOctopus
9. Tak semua orang suka PAUL the SOTONG selain dari penyokong GERMANY. Seorang CHEF ARGENTINA Nicolas Bedorrou telah memberi amaran yang mereka akan mengejar si PAUL dan dilipat didalam kertas,kemudian dipukul supaya isinya menjadi lembut kemudian direbus didalam air yang mendidih. Kenyataan ini dikeluarkan setelah PAUL membuat ramalan untuk perlawanan GERMANY dengan ARGENTINA.
10. Tak siapa tahu bagaimana PAUL boleh meramal dan melihat masa depan.Bagaimana pun penjaga PAUL Oliver Walenciak memberi fakta yang menarik bagaimana PAUL berupaya meramal keadaan. Kerana SOTONG memiliki 9 OTAK mungkin disitu keupayaan PAUL sebenarnya.
Menarik juga cerita mengenai si PAUL ini. Namun bagi saya semua adalah kebetulan. Harapan janganlah si PAUL the SOTONG ini dibunuh gara-gara ramalannya. Kalau dibunuh juga maka pembunuh tulah yang bangang otak letak kat lutut..hehe..Cukup setakat ini cerita mengenai PAUL the SOTONG harap pembaca terhibur..SHARING is CARING.

paul pilih spain lagi ke menentang holland nti?
ReplyDeleteSudah tentu PAUL the SOTONG Pilih SPAIN
ReplyDeletesotong ada 9 otak ghupe nyer.. o_0
ReplyDeleteermm sotong tu sebenaqnya penyokong spain hehehe...kowang ingat dia tau ker ...dia minat kat salah sorang pemain spain tuh...haaa tu yg benaqnyaaa...
ReplyDeleteHahaha..mungkin juga..yelah kalau dah PM SPAIN siap nak hantar pasukan keselamatan menjaga si sotong nie
ReplyDeletetiada istilah kebetulan dalam pandangan robb..
ReplyDeletesebenarnya robb memberi peringatan kepada manusia, jangan ia sangka ia bijak atau terlalu bijak untuk melakukan apa-apa pun.. sehingga robb memberi ilham kepada sotong untuk menguji manusia untuk berfikir.. ingatlah kita sekarang di akhir zaman..
Menarik dari peringatan..Banyak lagi perkara yang boleh dirujuk selain kisah sotong ini..saling mengingati amalan mulia..thanks
ReplyDeleteapa2 ja lah~~~..sotong kalau d goreng..jdnya..sedap la..
ReplyDeleteahaks..~~~