29 June 2010

SELAMAT HARI JADI YANG KE-35 NING BAIZURA

Happy Belated Birthday buat NING BAIZURA yang telah menyambut Hari Jadi beliau semalam 28-06-2010. Genaplah usia beliau 35 tahun. Hari Jadi beliau disambut secara  mengejut iaitu ketika beliau sibuk menjalani sesi latihan bersama dengan tenaga produksi pementasan teater Muzikal Shout! "The Mod Musical (Shout!).


Kata-kata dari NING BAIZURA

"Pastinya saya memanjatkan rasa syukur dengan apa juga yang dikurniakan Tuhan kepada saya sehingga hari ini.Pagi tadi, selepas saya bagun dari tidur, saya terus memanjatkan doa kepada Tuhan supaya dikurniakan kesihatan dan dimurahkan rezeki. Malah, apa yang pasti, kini saya tidak lagi mengejar atau ingin membuktikan apa-apa lagi. Saya bersyukur dengan apa yang saya ada pada masa ini," katanya kepada pihak media.

Apakah hadiah dari si suami?

 "Pagi ini bila saya bagun saja dari tidur, saya terkejut bila suami menyerahkan sebungkus hadiah. Saya sangkakan tas tangan, tapi gembiranya saya tak terhingga bila ianya adalah iPad yang memang saya mahukan selama ini.Saya sendiri tak tahu dari mana dia tahu yang saya memang menginginkan i-Pad. Sebab terus terang memang saya tidak pernah bagi tahu dia langsung. Mungkin juga dia bertanyakan kepada Atilia, Sazzy Falak atau Yasmin Yusuf," katanya ceria.

Tahniah sekali lagi buat NING BAIZURA atas sambutan Hari Kelahiran beliau. Semoga tahun ni NING BAIZURA dan Suami beliau Omar Sharif Christopher Layton Dalton memperolehi Cahaya Mata hendaknya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails