13 June 2010

i-CITY SHAH ALAM PENUH WARNA WARNI

Pertama kali datang dah terpikat.Mungkin ada kali kedua dan seterusnya. Ada juga kedengaran khabar angin mengatakan tempat ini Keras! Bagi saya niat bukan datang nak cari pasal sekadar meluangkan masa untuk bersantai. Akhirnya tiba juga di i-CITY SHAH ALAM.


Nak diceritakan pun tak guna,baik layan gambar sebab saya tak reti nak cerita sesuatu yang cukup menarik pandangan mata. Biarlah gambar menceritakan segalanya..


Cahaya menerangi i-CITY SHAH ALAM dimalam hari pasti memikat sesiapa sahaja. Untuk pengetahuan semua,tiada bayaran kemasukan dikenakan cuma duit parking kereta sahaja dalam RM2.00. Terdapat gerai makanan disediakan juga.


Meriah cukup meriah, Manusia berpusu-pusu bila tiba hujung minggu. Kalau tersekat dalam kesesakan tu,perkara biasa. Banyakkan bersabar sebab tujuan datang untuk bersantai bukan untuk buat perangai..


Banyak pemandangan menarik,cuma yang tak menarik kamera resolusi rendah diguna. Kalau dengan DSLR saya pasti hasil cukup menakjubkan..


Kalau ikutkan daripada skala 1 hingga 10,saya boleh berikan 8.5 mata untuk pemandangan lampu disini,kerana masih belum 100 peratus siap tetapi bagi saya dah cukup menari..


Waktu operasi tidak pasti tetapi yang didengari ditutup hingga lewat pagi. Sesuai untuk bersantai dengan keluarga disini. Terdapat gerai-gerai yang menjual barangan mainan,makanan,baju-baju dan lain-lain,lebih kurang macam pasar malam..


Banyak gambar ingin dikongsi,tapi eloklah alami sendiri. Kalau sesiapa yang sukakan keindahan disinilah tempat yang harus ditujui. i-CITY SHAH ALAM destinasi santai seisi keluarga..

4 comments:

  1. waaa
    cantiknye
    bile la dpt g sane ni?
    huhu

    ReplyDelete
  2. Dropping by ere. Wao, very nice lightings. =)

    ReplyDelete
  3. Ery Farieha - Memang cantik,terasa macam kat luar negara pulak..

    Lean - Thanks for dropping by..very nice place..you should visit this place one day..

    fndrocka - betulll..ada monitor besar punya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails