05 May 2010

TENGKU FAKRY,TENGKU TEMENGGONG KELANTAN DITAHAN UNIT TINDAKAN KHAS (UTK)?

Adeyy..terperanjat aku baca suratkhabar muka depan akhbar KOSMO hari ini. Tajuk utama nama TENGKU FAKRY terpampang di tangkap. Yang tak sedap tu pasukan UTK iaitu Unit Tindakan Khas yang siap pakai topeng khas menahan beliau diluar kawasan Istana tu. Kejadian berlaku sekitar 7.30 malam.


Mengikut petikan akhbar KOSMO dari sumber istana penahanan dilakukan diluar kawasan istana iaitu ketika beliau bersama dua orang doktor dan sekumpulan pengawal peribadi sultan menaiki beberapa buah kenderaan dan mereka baru keluar kira-kira 50 meter dari Istana Mahkota

Semalam Ayahnda beliau Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra gagal berlepas ke Singapura untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.Sekarang bermacam-macam spekulasi dibuat mengenai kemelut Istana Kelantan.

Nampaknya kemelut yang melanda Istana Kelantan semakin parah nampak.  Bermacam-macam khabar angin keluar yang aku tak berani nak publish kat sini. Aku harap moga segala kemelutan disana dapat diselesaikan secara baik.


4 comments:

  1. saspen ni. tp mmg truth will be keep secret i guess

    ReplyDelete
  2. banyak sangat kot yg buat onar dlm istana kat kelate..aiyoo..5thun aku bsekolah kt negeri tu..aiyooooooooooo

    ReplyDelete
  3. Ciklily - kita bru tahu

    matjoe - konflik dalaman kut

    JMR - laa..buleh kechek kelate nie yerr..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails